Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 30, 2015

Kerjasama UMNO-PAS: Ku Li mula buka mulut

Umno mahu sokongan Melayu, Pas mahu hudud
ATIRAH HASLI - 29 DISEMBER 2015
KUALA LUMPUR - Umno menghulurkan kerjasama dengan Pas kerana mahukan undi majoriti Melayu, manakala Pas pula mungkin menyambut kerjasama yang dimahukan kerana mahu mendapat sokongan terhadap pelaksanaan hudud.

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia tidak mustahil memandangkan Umno mungkin tidak akan dapat sokongan daripada bukan Melayu dalam PRU akan datang.

“Pandangan saya dari segi keadaan dalam negara sekarang, barangkali Umno membawa cadangan ini kerana ia merupakan strategi bagi Umno untuk berkawan dan bekerjasama dengan Pas," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir, di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, hari ini.

Manakala bagi Pas pula, kata Tengku, selain faktor hudud, kebersamaan kerjasama Pas dengan Umno dibuat mungkin kerana parti Islam itu tidak lagi dianggap sebagai rakan dalam perjuangan PR dahulu.

"Pas sekarang ini terpencil sebagai sebuah parti lama yang hanya mempunyai pengikut-pengikut dalam kawasan tradisinya. Jadi sukar untuk Pas mendapat sokongan banyak, dan perjuangannya juga memerlukan sokongan pihak yang berkuasa seperti Umno. Kerana Pas nak jalankan hukum hudud.

“Dan ini tidak boleh dijalankan melainkan satu; Enakmen Syariah dipinda di peringkat Parlimen bagi membolehkan enakmen di negeri Kelantan dan Terengganu dilaksana, dan kemungkinan kedua; mendapat sokongan 2/3 untuk meminda perlembagaan negara dan kalaulah kedua-dua parti ini berpakat mungkin boleh dilakukan semua yang dicadangkan itu," jelasnya.

Bagaimanapun menurut Tengku lagi, meskipun kini terlibat dengan kerjasama Pas, Umno tetap perlu menumpukan perhatian terhadap Sabah dan Sarawak.

"Umno kena beri perhatian dengan rakyat Sabah dan Sarawak yang memikirkan mungkin kerjasama dengan Pas tidak boleh membela kepentingan mereka di Sabah dan Sarawak.

“Kerana Sabah dan Sarawak tidak menganggap Islam sebagai agama rasmi negeri-negeri berkenaan," katanya lagi.

3 comments:

  1. Abe

    Dari dulu ambo sudah kata bahawa UMNO mahu bekerjasama dengan PAS hanya untuk menyelamatkan kerusi-kerusi parlimen di Semenanjung yang dimenangi dalam PRU 13 dengan tipis iaitu dengan majoriti dibawah 3 000. Kalau dilihat dari keputusan PRU 13 UMNO menghadapi masaalah untu mengekalkan 30 drp 62 kerusi di Semenanjung. Ini bukan rahsia lagi malah diakui oleh beberpa pemimpin UMNO.

    UMNO tidak menghadapi masaalah untukmengekalkan 26 kerusi yang di sumbang oleh Sabah. Ini diakui oleh Kuli dalam kenyataan diatas. Secara keseluruhannya kerusi-kerusi parlimen yang disumbangkan oleh BN Sarawak juga TERAMAT PENTING bagi UNNO. Satu lagi maklumat penting yang didedahkan oleh Kuli diatas ialah Islam bukanlah ugama rasmi bagi negeri Sabah dan Sarawak.

    Kenyataan Kuli ini sebenarnya menjelaskan mengapa PAS di kencing oleh UMNO dalam isu HH gagal membentangkan RUUP Pindaan Akta 355 di parlimen sebanyak 2 kali. Senenarnya Najib yang kencingkan PAS kerana pada masa itu Najib sedang menghadapi kemungkinan satu undi tidak percaya akan dibentangkan di parlimen oleh pembangkang. Najib terdesak masa itu dimana Najib memerlukan sokongan penuh dari MP-MP dari Sabah dan Sarawak kerana beliau tidak mahu mengambil risiko yang ada MP-MP UMNO dari Semenanjung akan menyokong undi xpercaya itu. Jadi pilihan Najib semasa itu adalah melepaskan HH membentang RUUP Pindaan Akta 355 dan menghadapi masaalah dengan sokongan MP-MP Sabah dan Sarawak tau kencingkan HH dan mengekalkan sokongan MP-MP BN bagi menghadapi kemungkinan undi tidak percaya dibentang dalam sidang parlimen may/Jun 2015>

    Kita sudah tahu Najib memilih yang mana. Saya selalu kata Najib ini bahaya. Dia sanggup buat apa sahaja untuk mentelamatkan batang tengkok dia seorang...PAS patut sudah tahu perangai dan politik Najib ini. Sebab mereka xpolitical savvy lah maka Najib senang2 tipu PAS.

    Kalau mau ulas statement Kuli ni komen saya menjadi panjang. Cukup saya kata PAS akan dipergunaakan oleh Najib untuk menyelamatkan 30 kerusi UMNO di Semenanjung tanpa memperdulikan nasib PAS sendiri. PAS akan hilang banyak kerusi parlimen hilng negeri Kelantan dan berputih mata untuk melaksanakan hudud.

    Semua tanda-tanda sudah mula muncul untuk menyokong pendapat ini.

    bat8

    ReplyDelete
  2. Kuh..kah..kuh..kah
    Pas pis pus la

    ReplyDelete
  3. Lebih baik sokong umno pas dari dap...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa