Rupanya watak begini dan pendedak ada di mana-mana.......
Dari mana datangnya 'Trump'?
Al-Abror Mohd Yusuf Hari ini, 9:23 pagi
Suka atau tidak, sebahagian daripada kita sebenarnya sudah melihat apa yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) dan Donald Trump dari sisi yang keliru.
Memang benar Trump memperkenalkan pelbagai dasar menyusahkan manusia. Isu dia memusuhi imigran - walaupun dia sendiri membawa darah campuran Jerman dan Scotland - juga langka dilakukan oleh mana-mana pemimpin secara terbuka pada era moden ini kecuali segelintir.
Soal anda mahu mengecam dia atau tidak - itu juga boleh dibincangkan pada masa yang lain. Sementelah pula Malaysia tidak termasuk dalam senarai negara yang disulitkannya dengan sengaja memasuki AS.
Hujah yang disandarkan pada nama "kebebasan" atau "hipokrit" atau "menunaikan janji pilihan raya" itu pula nampak bebal - atau sekurang-kurangnya klise - namun ia masih tidak melambangkan risiko besar daripada kesan berantai kejayaan tokoh Republikan itu.
Bahaya sebenar dan terbesar daripada kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden AS pada 8 November 2016 itu ialah meningkatnya harapan - dan kemungkinan - politikus jahil dan serakah diberi kepercayaan mengelola negara.
Andainya bilangan mereka di negara ini ditakdirkan hanya lima orang, ia sebenarnya sudah cukup ramai untuk membuatkan kepala kita 'berpusing' hampir setiap saat. Daripada keputusan-keputusan berkaitan dasar sehingga hujah yang digunakan untuk mengabsahkan ketetapan itu semuanya menjengkelkan.
Sudah tentu jumlah mereka tidak setakat lima orang.
Adakah mustahil Trump versi Malaysia akan kita letakkan di tempat terpenting bagi mentadbir negara ini? Tentulah tidak.
Pada sisi lain, ada pula politikus yang bercita-cita untuk mendapat pengaruh dan kuasa lebih banyak dengan membiarkan diri mereka dicemuh.
Bergantung kepada kewarasan
Realiti yang ada menunjukkan kebanyakan perbuatan mereka itu sengaja direka untuk memang kelihatan bebal dan memualkan. Mengikut pertimbangan akal yang sihat, tindak-tanduk mereka tidak lebih daripada publisti murahan. Namun mereka memilih bebal dan dilihat bebal.
Turut menjadi pilihan ialah pendekatan perkauman yang amat ketara dan sudah tentu mengundang keresahan masyarakat terbanyak.
Namun, bukankah itu yang dilakukan Trump?
Dalam keadaan begitu sepatutnya kita boleh bergantung harap kepada kewarasan orang ramai - atau lebih tepat, pengundi.
Tetapi sekali lagi ia bukanlah jawapan yang melegakan. Selain sistem dan pelaksanaan pilihan raya yang masih belum meyakinkan, keadaan pengundi juga merisaukan.
Bahawa usaha mencerdaskan orang ramai memang giat dijalankan, tidak dapat pula dinafikan aktiviti merenek minda juga sedang dipergiatkan oleh - siapa lagi kalau bukan politikus yang memualkan itulah.
Rakyat disuntik dengan kepercayaan tertentu dari semasa ke semasa. Misalnya pelbagai ancaman dan ketakutan, biasanya tidak perlu direka dengan kemas pun. Untuk lebih laris, ia turut disadur dengan hujah agama.
Ia kira-kira sama macam umpan yang dilontar pada kolam pancing. Ada sekurang-kurangnya empat situasi 'ikan' boleh wujud dalam kolam berkenaan.
Tak ambil peduli
Pertama, ikan yang sudah kenyang dengan habuan - sama ada butir-butir pelet (atau dedak?) yang digaul mengikut selera semasa . Kedua, ikan yang kelaparan dan akan menyambar apa saja umpan yang melintas. Ketiga, ikan yang tidak ambil peduli apa-apa, sebaliknya hanya asyik dengan hal sendiri saja.
Kemudian ada pula ikan jenis keempat. Ia adalah ikan yang celik dan berani memilih antara makanan yang ditabur untuk mengenyangkan, atau umpan yang menyalut besi kail.
Kecuali 'ikan' pada kategori ketiga, tidak banyak yang boleh diharapkan pada dua kategori pertama.
Tetapi harus diingat jumlah orang cerdik yang ramai saja belum tentu memadai untuk memadamkan kebebalan politik. Ia banyak dipengaruhi oleh sikap dan kepedulian.
Kegagaan sesebuah sistem kadang-kadang dicetusan oleh sikap tidak ambil peduli pada hampir semua benda. Malas memberi isyarat semasa membelokkan kenderaan di simpang, misalnya, atau kebiasaan membuang puntung rokok dalam longkang yang terletak bersebelahan tong sampah.
Diulangi - dengan sistem dan pelaksanaan pilihan raya yang masih belum meyakinkan, keadaan semasa memang merisaukan.
Memanglah biasanya pada calon atau parti yang ada, tiada pihak yang maksum. Dalam keadaan begitu memilih pihak yang kurang memudaratkan bukan lagi suatu pilihan.
Jumlah 'undi celik' yang banyak belum tentu memenangkan pihak yang diharapkan boleh memberi kesejahteraan menyeluruh. Jumlah undi yang menolak dasar semberono dan salah belum memadai untuk menyingkirkan bala kepada rakyat.
Berkira-kira pada pada jumlah undi popular saja tidak akan mampu mengetepikan badut politik daripada kuasa. Bukankah itu yang berlaku pada Trump (yang memperoleh 62.98 juta berbanding Hillary Clinton 65.85 juta undi)?
Sama seperti semalam, kelmarin atau hari-hari yang lalu, aksi pegun politik ini akan dapat disaksikan hari ini, esok dan hari-hari mendatang. Jangan lupa, pilihan raya umum semakin hampir, kan?
Kita boleh menjuihkan bibir sehari semalam, atau mempersenda mereka tujuh hari seminggu pada politikus yang mempromosi diri mereka sebagai bahan ketawa atau pusat kebencian.
Pada akhirnya ia akan bergantung kepada persepsi, sistem dan bagaimana kita mencerakin maklumat untuk menentukan sikap.
Bukankah itu yang dimanipulasi oleh Trump?
*Al-Abror Mohd Yusuf adalah anggota sidang redaksi Malaysiakini.

Rakyat usa dah pilih trump knp kita nak sibuk. Mcm lah pilihanraya malaysia adil sgt. Mcm la pemimpin kita baik dan hebat sgt
ReplyDelete