RUU 355: Ramai peserta tidak tahu, ikut saja Presiden Pas
18 Februari 2017 | ARIF ATAN
Rata-rata peserta Himpunan Rang Undang-undang (RUU) 355 yang ditemui Malaysia Dateline mengakui tidak memahami isu sebenar pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan matlamat program tersebut diadakan hari ini.
18 Februari 2017 | ARIF ATAN
Rata-rata peserta Himpunan Rang Undang-undang (RUU) 355 yang ditemui Malaysia Dateline mengakui tidak memahami isu sebenar pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan matlamat program tersebut diadakan hari ini.
Mereka yang juga penyokong tegar Pas tidak mengetahui pembentangan usul pindaan yang dibawa presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditangguhkan sebanyak dua kali pada tahun lalu.
Rosdi Salleh, 45, dari Felda Sungai Tiang, Pendang di Kedah hanya memahami RUU 355 penting demi Islam dan bagi mengelak keadaan huru-hara.
"Kami sokong saja. Kami tidak tahu sangat. (Apa yang kami tahu) Untuk hak Islam, untuk keamanan," kata ayah kepada empat anak itu yang hadir dengan bas sewa khas.
"Kami mai (datang) satu bas. Kutip dari kampung-kampung," beritahunya dan sekadar menjawab, "itu saya tidak pastilah" apabila ditanyakan tentang tindakan Abdul Hadi menangguhkan pembentangan pindaan Akta 355.
Sementara itu, Muhammad Zin, 28, dari Dewan Undangan Negeri (Dun) Chetok di Kelantan mendakwa pelaksanaan hukuman jenayah syariah selama ini tidak berlandaskan Islam.
"Tak pandai (komen) sebenarnya. Macam denda naik kepada RM100,000, rotan ikut Islam. Akta sekarang ini tak mengikut Islam. Kalau bolehlah kerajaan pindah (bukan pinda) akta kepada RUU 355," ujarnya yang berkopiah putih dan berlogokan Pas itu.
Mengulas tentang tindakan Abdul Hadi menunda pembentangan RUU 355 sehingga sidang Dewan Rakyat Mac depan, beliau berpendapat hal tersebut sebagai "kebijaksanaan" Ahli Parlimen Marang itu.
"Itu ikut kebijaksanaan Presiden. Kita di bawah ini ikut dia sahaja. Dia ulamak. Kita ikut saja," katanya yang hadir dengan bas yang disewa khas.
Beliau seterusnya menjawab, "tidak tahu" berapa kali Abdul Hadi tangguhkan pembentangan pindaan Akta 355 sebelum menyambung dengan sekali lagi mengulang, "ikut kebijaksanaan dia (Abdul Hadi). Apa dia buat InsyaAllah betul semua."
Menariknya, rakan kepada anak muda tersebut yang berada di sisinya juga hanya tersenyum menggeleng kepala sambil meminum air apabila Muhammad bertanyakan tentang berapa kali Abdul Hadi menangguhkan pembentangan RUU 355.
'Saya pun tak tahu'
Hadir dari kawasan yang pernah dilanda bah kuning pada 2014, Abdul Hamid Ibrahim, 60, dari Gua Musang juga tidak mengetahui tentang kegagalan Abdul Hadi membentangkan usul persendirian itu walaupun mempunyai peluang untuk berbuat demikian.
"Tangguh tu saya tidak pasti. Nak masuk (bentang) tak bolehkah, saya pun tak tahu. Tangguh tu sebab BN tidak sedia nak bentang. Nak pinda tak sempat lagi," jawabnya dengan nada yakin walaupun mengelirukan.
Tambahnya lagi, RUU 355 merupakan "hukum syariah untuk orang Islam" bukan untuk orang Cina.
"Untuk hukum pencuri, penzina. Eloklah kerajaan akan bentang. Betullah tu," tegasnya sambil menjawab hanya sekali Abdul Hadi menangguhkan pindaan bagi meningkatkan bidang kuasa hukuman mahkamah syariah.
Walau bagaimanapun, Azman Ali, 45, dari Dun Paka, Terengganu mengetahui tentang tindakan Abdul Hadi menangguhkan pembentangan usul berkenaan sebanyak dua kali.
Beliau berkata, tiada masalah untuk kerajaan mengambil alih usul persendirian tersebut kerana menganggap baik daripada segi politik.
"Dari segi politik baguslah untuk memberi pemahaman kepada rakyat. Kalau tidak (tangguh), rakyat tak tahu. Kalau bentang terus, ahli parlimen pun tak tahu apa di sebalik RUU tapi bila tangguh, rakyat bahkan semua NGO dan mufti main peranan dan himpunan ini lagi jelas," ujarnya.
Mengulas lanjut, Azman menyifatkan NGO bukan Islam juga menyokong usul persendirian bagi meminda Akta 355 memandangkan hukuman 100 rotan, 30 tahun penjara dan RM100,000 denda itu tidak dikuatkuasakan terhadap orang bukan Islam.
"Yang tidak setuju itu bukan sebab mereka tidak faham tapi mereka mahu jaga pihak bersama mereka di antaranya DAP dan di sana ada juga Mufti Perlis. Kemungkinan dari segi politik dia kurang faham sebab dia tidak bersama parti politik. Dia cakap kitab, dari segi kefahaman politik itu larilah sikit," tambahnya lagi.
Patut la mudah sgt lebai2 pas ambil kesempatan ke atas pengikut yg ikut apa sj kata presideng. Yg boleh fikir dan berani membantah dah disingkirkan. Klu Rasulullah saw bersikap mcm tu, tak ramai yang akan tertarik dgn islam
ReplyDelete