Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 18, 2017

Ini cerita versi bebudak yang kena langgar: 'Saya nampak pemandu itu main telefon'

'Saya nampak pemandu itu main telefon'
WARTAWAN SINAR HARIAN - 18 FEBRUARI 2017
Zulfadli

JOHOR BAHRU - "Kereta itu datang dalam keadaan laju lalu merempuh kami," kata Muhammad Zulfadli Yusri, 19, antara mangsa yang cedera dalam insiden rempuhan kenderaan yang mengorbankan lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini, awal pagi tadi.

Muhammad Zulfadli yang bekerja sebagai tukang cat dari Stulang Baru turut mendakwa pemandu kenderaan Nissan Almera iaitu seorang wanita memandu sambil menggunakan telefon.

"Saya datang dari rumah nampak sekumpulan basikal sedang berkumpul di tepi, jadi saya pun ikut sekali, tak lama kemudian bila saya pandang belakang saya lihat kereta sedang dipandu laju untuk ke tengah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lapan remaja berbasikal maut, dirempuh kereta]

"Saya nampak dengan mata saya, pemandu itu sedang main telefon... dan sebat (langgar) semua," katanya yang ditemui di Wad Barat, Hospital Sultanah Aminah, di sini, hari ini.

Dia yang baru tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit sebelum itu tidak sempat hendak mengelak.

Menurut Zulfadli, insiden itu berlaku dengan cepat dan apabila sedar dia nampak rakan basikal lain yang tidak dikenalinya bergelimpangan dan ada di antaranya meninggal dunia.

Akibat kejadian itu, Muhammad Zulfadli patah kaki kanan.

Sementara itu, mangsa yang turut terselamat Muhamad Farhan Che Mat, 16, dari Taman Desa Cemerlang sedang menunggu rakannya di lokasi kejadian untuk ke Dataran Bandaraya.

"Nampak kereta laju, tak sempat nak elak, terus rasa gelap.

"Saya sedar apabila ada orang tolong, ketika itu tidak rasa sakit, apabila dah sampai hospital baru rasa sakit," katanya.

Dia yang tidak bersekolah mula bermain basikal sejak umur 12 tahun mengalami patah kaki kanan.

2 comments:

  1. Tahniah kepada polis. Sebabnya, inilah penandanya bahawa tenaga polis adalah sungguh effisyen dihala tujukan dikerah
    pada sektor kepentingan poklitik, sesungguhnya politik adalah penting untuk kesejahteraan penduduk malaysia yang syukurlah malaysia aman tenteram boleh makan tidak seperti penduduk yang tinggal dipadang pasir afrika. Apa halnya budak budak ni jadi adik rempit ( pinjam terminology mat rempit )jam pukul 3 pagi bermaharajalela mengganggu jalanraya.

    ReplyDelete
  2. Sebab utama kemalangan atas j.raya adalah kelajuan dan tidak fokus.laju serta kurang fukos itulah yg mengakibatkan pemandu itu terkejut dan terjadi rempuhan yg kuat hingga kereta tuu terbalik.setiap pemandu boleh buat ujian keadaan bagaimana kenderaan boleh terbalik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa