Pembunuhan Kim Chol: Suspek wanita ditahan
WARTAWAN SINAR HARIAN - 15 FEBRUARI 2017
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang suspek wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan Isnin lepas menggunakan pasport Vietnam.
"Suspek dikenal pasti selepas polis memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Suspek juga berada dalam keadaan seorang diri ketika ditahan. Siasatan masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini media melaporkan seorang warga Korea Utara yang cuba mendapatkan bantuan perubatan awal di kaunter khidmat pelanggan di KLIA2 itu dikenali sebagai Kim Chol.
[ARTIKEL BERKAITAN: Polis masih siasat identiti sebenar Kim Chol]
Menurutnya, pasport Kim Chol bernombor 836410070 dan dilahirkan di Pyongyang pada 10 Jun 1970.
Kim Chol dilaporkan media sebagai Kim Jong-Nam iaitu abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.
Beliau dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Mustafar berkata warga Korea Utara itu belum melepasi kaunter pemeriksaan Imigresen di KLIA2 ketika kejadian berlaku.
Kim Chol dilaporkan berada di KLIA2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau pada 9 pagi.
Polis sebelum ini mengesahkan bahawa lelaki warga Korea Utara yang meninggal dunia di KLIA2 pada Isnin ialah Kim Jong-Nam.
* Satu berita dari luar negara mengatakan Polis jumpai 2 mayat wanita pembunuh itu tapi berita ini kita dapat direct IGP. Jadi berita dari IGPlah yang lebih tepat dan diterima pakai

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa