Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 20, 2017

Pengubahan wang haram: Sami yang tak berkasut pun buat juga!

Sami Buddha terus bergelut dengan pasukan keselamatan Thailand di Kuil Dhammakaya
Agensi | Diterjemahkan olehHamzah Hamid  Februari 20, 2017 12:56 MYT
Sami Buddha terus bergelut dengan pasukan keselamatan Thailand di Kuil Dhammakaya
Keadaan saling mengasak di sekitar pekarangan Kuil Dhammakaya. - Foto Reuters
BANGKOK: Kumpulan sami dan polis saling tolak-menolak dan bergelut pada Isnin di Kuil Dhammakaya pada Isnin, susulan usaha pihak berkuasa untuk menahan ketuanya atas dakwaan pengubahan wang haram, lapor Reuters.

Suasana di mengepung rumah ibadat Buddha terbesar Thailand itu agak genting walau tiada kekerasan melampau, lantaran kumpulan sami tersebut sanggup menggunakan tubuh mereka sebagai perisai agar ruang utama kuil tidak dibolosi anggota keselamatan.

Perkembangan hari keempat di Dhammakaya dilihat sebagai cabaran terbesar pihak junta Thailand sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2014.

Polis berkata, mereka cuba mengelakkan tindakan keras namun menegaskan akan menahan sesiapa sahaja yang sengaja memenuhi kuil itu bagi menghalang tugas pihak berkuasa menahan ketua sami, Phra Dhammachayo, 72.

Setakat berita disiarkan, tiada kecederaan dilaporkan.

Operasi serbuan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kerajaan populis yang digulingkan junta pada 2014, termasuk dikatakan ia menerima dana daripada bekas perdana menteri yang juga seorang hartawan, Thaksin Shinawatra.

Kuil yang dikatakan memiliki jutaan pengikut tersebut juga dituduh menyebarkan konsep ajaran Buddha yang berbeza berbanding kuil tradisional lain.

Namun begitum dalam adat dan kepercayaan tempatan, perlakuan kasar terhadap sami adalah suatu perkara tabu.

“Kami akan lakukan sebaik mungkin untuk mengelakkan konfrontasi fizikal dan kekerasan. Serbuan akan diteruskan dan kami mengharapkan kuil akan berikan kerjasama.
“Penganut dan pengikut yang datang ke kuil buat masa ini diminta berpatah balik. Sesiapa yang mendekati kawasan ini buat masa ini akan ditahan kerana dianggap melanggar undang-undang,” ujar timbalan ketua polis dari Bahagian Siasatan Khas, Suriya Singhakamol.

Sementara itu, penyokong dan pengikut kuil tersebut terus melaungkan bantahan, termasuk menaikkan sepanduk yang tertulis: “Diktator Thailand cuba mencabul kemuliaan Buddhism.”

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa