Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 8, 2017

Setuju RCI: Doakan Najib setenang Mahathir

Tuesday, 7 February 2017

DIDOAKAN NAJIB JUGA MAMPU SETENANG TUN MAHATHIR SETUJU DENGAN SURUHANJAYA DIRAJA...

Sehingga ini sudah dua isu dibangkitkan iaitu BMF dan kerugian urusniaga forex oleh media pro Najib Razak yang kemudian dibantu oleh laskar maya 6.6 peratus dan kumpulan pengampu  Perdana Menteri yang bertujuan untuk meletakkan kesilapan silam di bahu Tun Mahathir Mohamad.

Apa yang nyata, tindakan itu hanya menunjukkan kumpulan pro Najib tiada isu semasa untuk menyerang Tun Mahathir sehingga terpaksa menghidupkan semula isu lama yang telah berlaku lebih 30 tahun yang lalu.

Jika mereka merasakan dengan membangkitkan kedua-dua isu tersebut boleh melemahkan perjuangan Tun Mahathir atau kesalahan boleh diletakkan di bahunya, mereka sebenarnya telah melakukan kesilapan yang besar.

Kalau dalam bahasa orang Kedah....bodoh piang, kata mereka.

Dalam kedua-dua isu itu, yang pertama harus disedari ialah Tun Mahathir bukan saja berjaya menanganinya sehingga meyakinkan rakyat, malah menjadikan beliau terus menang dengan cemerlang dan majoriti dua pertiga dalam mana-mana pilihanraya umum yang diterajuinya.

Oleh itu, di mana logiknya isu BMF dan forex itu mampu memberi kesan kepada perjuangan Tun Mahathir dalam usahanya mahu menjatuhkan Najib?

Malah, oleh kerana dalam kedua-dua isu tersebut, disebabkan Najib menjadi menjadi sebahagian pimpinan tertinggi UMNO dan kerajaan ketika itu, ia boleh menjadi pisau yang menikam dan melukan dirinya kembali.

Najib tidak mungkin dapat dilepaskan, terutamanya jika minit mesyuarat MT dan kabinet dapat membuktikan beliau bersetuju dengan segala keputusan yang dibuat.

Yang kedua, dengan keyakinan yang tinggi bahawa beliau tidak bersalah dan tiada apa-apa yang dilindunginya, Tun Mahathir mampu menjadi tenang dan tidak melatah dengan segala desakan agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja berkaitan dengan BMF dan forex itu.

Cumanya, jika Tun Mahathir cuba dikaitkan dengan kesalahan silam lebih 30 tahun lalu yang ingin dicari salah atau benarnya, Najib pula sedang dibebani dengan salah laku semasa yang juga ditunggu-tunggu kebenarannya.

Mereka dialu-alukan untuk berbuat demikian (menubuhkan Suruhanjaya Diraja), tetapi perkara yang sama juga perlu dilakukan terhadap wang RM2,600 juta dah juga apa yang berlaku berkaitan 1MDB, kata Tun Mahathir.

Lihat...betapa tenangnya Tun Mahathir menjawabnya. 

Lebih dari itu, sementara kesalahan Tun Mahathir berlaku lebih 30 tahun lalu, tetapi kesalahan Najib ingin diketahui oleh lebih 30 juta rakyat negara ini.

Maka, untuk berlaku adil dan terlanjur mahu ditubuhkan Suruhanjaya Diraja itu, eloklah ia ditubuhkan serentak untuk semua isu-isu yang menjadi keinginan rakyat untuk mengetahuinya.

Sudah tentu dilihat tidak adil jika Suruhanjaya Diraja hanya ditubuhkan berkaitan BMF dan forex saja, tetapi tidak mengenai 1MDB dan wang RM2,600 juta yang melibatkan Najib sendiri.

Kepada kumpulan pengampu, media kerajaan dan laskar maya 6.6 peratus, tugas anda kini ialah harus beralih kepada mendesak secara konsisten, berterusan dan lebih keras kepada Najib agar bersetuju dengan penubuhan sekurang-kurangnya empat suruhanjaya iaitu berkaitan BMF, forex, 1MDB dan wang RM2,600 juta.

Setelah Tun Mahathir bersetuju dan tiada masalah dengannya, halangan kini hanya tinggal pada Najib saja lagi. 

Akhirnya, didoakan mudah-mudahan Najib juga mampu menjadi setenang Tun Mahathir dalam menyatakan persetujuannya nanti. Jika tidak, malulah nak berlawan dengan seorang yang sudah berusia 91 tahun!! (SH 07/02/2017).

Kaitan:

1MDB TETAP PERLUKAN SURUHANJAYA DIRAJA, NAJIB DAN JHO LOW MESTI DIJADIKAN SAKSI WAJIB

LAGI DIUNGKIT KES2 LAMA ERA TUN MAHATHIR, LAGI KUAT INGATAN PENGUNDI KEPADA 1MDB

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa