Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 8, 2017

Tak pelik: Tapi adakah sikap PAS sekarang masih dianggap Pembangkang?

Tak pelik pun pembangkang ke majlis kerajaan
NURUL KHALEEDA RASHIKIN - 7 MEI 2017
Idris Ahmad

SHAH ALAM - Sudah menjadi satu kebiasaan untuk pemimpin pembangkang hadir ke program-program yang dianjurkan oleh kerajaan jika mendapat jemputan rasmi.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, tiada apa yang pelik jika ada kehadiran pemimpin pembangkang ini terutamanya jika kawasan tersebut diwakili olehnya.

“Kebiasaannya ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada kerajaan atau pembangkang akan dijemput secara rasmi ke program yang dianjurkan oleh Kementerian atau jabatan kerajaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Politik matang Pas dan BN’]

“Kadang-kadang kerajaan negeri juga menjemput MP dan Adun pembangkang untuk hadir terutama di program di dalam parlimen yang diwakili, ia sudah menjadi satu kebiasaaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Minggu lalu, kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke Majlis Pelancaran Program Tukun Tiruan oleh Menteri dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencuri tumpuan umum.

Tambah Idris lagi, pemimpin yang mengkritik kehadiran Abdul Hadi ke program tersebut merupakan seorang yang ‘pelik’.

“Tidak ada perkara pelik melainkan orang itu adalah seorang yang pelik dan ada penyakit di dalam hatinya, manusia seperti ini, kita berdoa kepada ALLAH SWT semoga sakit jiwanya segera sembuh,” katanya lagi.

* Aku tak pelik pun.......Almarhum TGNA pun pernak hadir di Majlis Mahathir dulu tapi di atas nama ketua kerajaan negeri. Hadi ketua kerajaan mana?

4 comments:

  1. Kerajaan Langit Ayoh Pin dah ada pengganti napoknyer. Pemimping barunye Ayoh Chik... Kuat maki hamun. Tu ketor lutot Sabry Chek terpaksa jemput Hadi Awang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS...anak butir tahi UMNO rupanya

      Delete
  2. Jangan ingat orang mengaji ugama tak boleh gila, tambahan pulak yang mengaku diri sendiri ulamak!

    ReplyDelete
  3. I all the time emailed this webpage post page to all my friends,
    for the reason that if like to read it next my contacts will too.


    Also visit my web blog - vuelos a tel aviv

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa