Penjaja Melayu kena halau, kedai judi sebelah Pejabat MPK dibiarkan
SELEPAS aku tulis artikel tentang gerai kuih milik penjaja Melayu di kampung Sri Baharom Rengit, Batu Pahat kena angkut dan dirampas oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) semalam,
BACA — Penduduk berang MPBP rampas gerai kuih Melayu di kampung
Aku dihubungi oleh salah seorang sahabat pembaca dari Kuantan Pahang tentang isu yang sama namun lebih panas lagi.
Sahabat kita ini mendedahkan bagaimana warung jual makanan milik penjaja Melayu dirampas oleh Majlis Perbandaran Kuantan, (MPK), namun kedai judi haram dibiarkan beroperasi meskipun lokasinya terletak hanya bersebelahan dengan pejabat MPK.
Rujuk bukti-bukti di bawah ini:
Seorang penjaja Melayu bernama Norhashimah Othman mengirimkan video yang dirakam olehnya menunjukkan bagaimana warung menjual Nasi Dalca miliknya dirampas oleh MPK.

"Di mana hak orang Melayu mencari rezeki yang halal pun ditindas, kedai Nasi Dalca di Bukit Beserah tidak ada mengganggu sesiapa pun untuk berniaga, Itu pun ada yang sakit hati dan mata, dah ada lesen pun dibatalkan perkhidmatan, di mana akan aku cari rezeki, mata pencarian serta periuk nasi ku ditutup," tulis Norhashimah mengirim video tersebut di group Komuniti Kuantan di Facebook.
Namun ironinya, kedai judi haram masih boleh terus beroperasi malah diketahui umum oleh penduduk Kuantan walaupun lokasinya terletak hanya bersebelahan dengan pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).
Tanya sajalah kepada orang-orang yang tinggal di Kuantan, siapa yang tidak tahu lokasi kedai judi ini, yang terletak dalam bangunan di depan Kuantan Parade.
Kedai ini turut menjadi punca keretakan rumah tangga penduduk setempat akibat ramai para suami yang lalai menghabiskan duit berjudi di sini. - sumber
* Kedai Judi tu 'halal' kot?
Bila dicadangkan supaya diadakan kembali pilihanraya kerajaan tempatan, orang Melayulah penentang kuat cadangan itu. Sekarang wahai orang Melayu kau rasakanlah akibat senjata makan tuan. Kalau ahli-ahli majlis dan pengerusi dilantik mereka tidak akan berani mereka bertindak kasar dan duduk goyang anu!!!
ReplyDeleteTokey cukong maa.. kawtim ribu riban masok poket. Kalau tutop anak bini sapa mao tanggung. Melayu cap Najib dan Hadi Awang. Penyokong cukong dulu, kini dan selamanya.
ReplyDeleteKalau perkara ini berlaku di Pulau Pinang atau Selangor sudah tentu menjadi isu perkauman dan nasional.
ReplyDelete