Monday, 8 May 2017
ULAMA AGAMA, ULAMA POLITIK
Ulama kerap disebut sebagai pewaris para Nabi. Ungkapan itu dengan sendirinya bermaksud kedudukan ulama ialah untuk menyampaikan risalah-risalah kebenaran tentang kehidupan berpandukan Al-Quran dan Hadis setelah wafatnya Nabi-Nabi.
Memang kita menghormati para ulama atas ketinggian ilmu agama yang dimiliki serta kesungguhan mereka berdakwah, mengajar kebaikan dan mengajak untuk menjauhi kejahatan.
Tentunya setiap kita tidak terlepas daripada mendapat bimbingan para ulama dalam menjalani kehidupan, baik secara langsung dengan menghadiri kelas-kelas pengajian dan kuliah di majid serta surau atau secara tidak langsung melalui tontonan di televisyen, youtube, kaset, cakera padat pembacaan buku-buku dan sebagainya.
Secara umumnya, oleh kerana agama itu sebahagian daripada keperluan dalam kehidupan, kita memang menghormati para ulama. Tidak saja kerana ilmu dan dakwah yang disampaikannya, malah kadangkala seseorang yang berpakaian seperti kebiasaan para ulama pun kita terlangsung menghormati mereka, walaupun tidak mengenali atau mengetahui namanya.
Begitulah tingginya rasa hormat dan kekaguman kita secara semulajadinya kepada ulama.
Tetapi, kita juga mesti sedar bahawa meskipun ulama adalah pewaris para Nabi, mereka sebaliknya tidaklah maksum seperti Nabi. Ulama tetap manusia biasa yang ada keinginan, nafsu serta kehendak tertentu dalam kehidupan seharian mereka.
Sebab itu, di samping ramai yang jujur, ikhlas dan menjalani kehidupan semata-mata untuk mencari redha Allah atas kedudukan sebagai ulama dan ilmu yang dimiliki, terdapat juga segelintir lain yang menjalani kehidupan mewah, mengenakan bayaran tinggi untuk berceramah serta longgar dalam mendidik keluarga sendiri untuk hidup sepertimana yang mereka ajarkan di kuliah di sana-sini.
Selain itu, terdapat juga ulama yang menceburi politik, sama ada bersama dengan kerajaan atau menentang kerajaan. Tidaklah menjadi kesalahan bagi para ulama untuk terjun ke dunia politik, malah tentunya memberi lebih kebaikan kepada negara dan masyarakat jika mereka sentiasa berpegang kepada ajaran agama serta tidak membiarkan diri tunduk merendah terhadap kepentingan politik atau parti di mana mereka bernaung.
Sepertimana yang kerap terjadi, tidaklah di Malaysia, tetapi di sebuah negeri lain di benua Afrika, ulama kebanyakannya mula "rosak" apabila terjun berkecimpung dalam politik. Selalunya kepentingan diri dan keduniaan akan sentiasa mengatasi kepentingan agama dalam kehidupan seharian selepas mereka menceburi politik.
Baik yang bersama kerajaan atau yang menentang kerajaan, perangai dan kelakuan mereka hampir sama saja. Tuan politik atau kepentingan politik akhirnya jadi lebih besar daripada Tuhan yang Maha Esa yang menciptakan langit, bumi dan segala isi dunia ini.
Sekali lagi, seperti yang pernah terjadi di sebuah negara Afrika, ada ulama mengeluarkan amanat yang berbunyi, "Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan.
"Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
"Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."
Bersekali dengan itu, maka keluarlah pelbagai ayat Al-Quran dan Hadis yang condong menyokong serta membenarkan amanat tersebut. Ia kemudian ditambah lagi dengan ayat serta hadis yang mengajak umat Islam menjauhi pemerintah yang zalim kerana dikatakan tidak selari dengan tuntutan Nabi, bertentangan dengan jalan ke syurga dan sebagainya.
Akhirnya, terjadilah sembahyang dua iman, memulau majlis kenduri, tidak makan sembelihan, bercerai-berai dalam perkahwinan dan perpecahan dalam masyarakat.
Hari ini, ulama yang sama, entah kerana apa, tiba-tiba sudah berbaik-baik dengan pihak yang dahulunya dituduh kafir dan mengamalkan politik suku, agama suku itu. Pemerintah zalim yang dulunya diceramahkan agar dijauhi, kini mereka sendiri berlumba-lumba mendekatinya.
Lalu dikhabar dan difatwakan pula bahawa berbaik-baik inilah cara politik matang dan sejahtera. Lagi pun, tambah mereka, kita mesti menentukan Melayu dan Islam terus berkuasa.
Di masa akan datang, jika hubungan kedua-dua mereka itu berkekalan, mungkin akan keluar pula fatwa haram menentang UMNO lantaran ia parti yang seagama dan sebangsa, dicela Tuhan kerana memutuskan silaturrahim sesama agama dan sebagainya.
Sebagaimana biasa, pasti akan keluarlah juga ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang condong ke arah yang sama.
Hakikatnya, lawan mereka itu, yang dulu dimusuhi dan sekarang dijadikan kawan, tidak pernah berubah sama-sekali. Ia tetap yang dulu dengan mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, peraturan jahiliyah serta kekal mengamalkan politik suku, agama suku.
Dalam masa yang sama, ajaran agama, Al-Quran dan Hadis juga tidak pernah berubah. Tuhan yang disembah pun tetap yang sama juga.
Yang berubah ialah golongan yang digelar ulama tadi. Hanya kerana politik, mereka dengan mudah boleh berubah. Kepentingan politik, tuntutan kehendak serta nafsu menyebabkan ulama sebenarnya boleh berubah-ubah dan "rosak" hanya dalam sekelip mata.
Dengan yang sedemikian, apakah hanya kerana bergelar ulama, mereka tidak boleh disanggah?
Akhirnya, apa bezanya ulama yang sudah menceburi politik dengan orang yang sekular, berkot dan bertali leher yang sama-sama terlibat dalam politik jika kedua-duanya boleh berubah mengikut nafsu politik parti yang dianuti?
Apakah mereka masih tetap betul dan lurus untuk kita ikuti dan layak lagi dipanggil sebagai ulama pewaris Nabi? (ShahbudinHusin 08/05/2017).
Posted by Shahbudin Husin at 09:07

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa