Saya syorkan Ahli-Ahli PAS terus menyimpan manusia-manusia ini supaya PAS berantakan dan kehilangan keyakinan serta kepercayaan rakyat. Membuka luaskan pintu fitnah kepada UMNO untuk memburukkan PAS dan seterusnya PRU13 nanti PAS akan lingkup!
Dalam hal ini saya memberikan kredit kepada UMNO kerana bijak dan mengucapkan takziah kepada sekerat dua Pemimpin PAS kerana bodoh sombong. Kerana bodoh sombonglah PAS "berkucar-hayai" sekarang.UMNO menyumbangkan pil khayal duniawi kepada Pak Lebai di dalam PAS, merabunkan mata mereka dan membutakan hati mereka. Pemimpin PAS yang khayal mulalah menegakkan benang basah di dalam khayalan walau pun ramai ahlinya yang meluat dan marah. Mereka menjadi pengkhianat kepada parti sendiri dengan membuka rahsia di dalam kain PAS semasa di dalam khayalnya kepada orang yang tidak sepatutnya tahu.
Adakah Ahli-Ahli PAS masih ingin menyimpan dan mengekalkan manusia jenis ini sebagai pemimpin. Sepatutnya pengkhianat kepada perjuangan dipancung dan disula di padang saja. Terpulanglah, tepuk dada tanya minda!
N3 yang saya ambil dari pinkturtle2.wordpress.com. Mohon keizinan...
Allah menunjukkan kita rentetan peristiwa yang sangat cantik. Bayekk punya plan. Tapi hanya untuk golongan berfikir.
1. Memola Allah takdirkan Presiden sindir Mursyidul Am, supaya jangan guna blog (media baru) dalam hal-hal dalaman parti.
2. Kemudian, sekejap sangat dari itu, Timbalan Presiden dan Hasan Ali melanggar sendiri sindiran itu dengan menjemput bloggers. Malah jauh lebih dasyat Allah takdirkan dengan penyertaan bloggers UMNO sendiri. Subhanallah. Cun gile.
Dari peristiwa itu, berlakulah satu rahsia party yang selama ini tidak disahkan atau dirasmikan, yakni satu kaedah baiah dengan taklik cerai. Lompat UMNO, cerai talak 3. Allah mengatur semua ini untuk kita, manusia yang berfikir.
Timbalan Presiden dan PJ Selangor sendiri mengesahkan rahsia jemaah Islam SeMalaysia di hadapan semua bloggers termasuk bloggers UMNO! Ini adalah satu kenyataan rasmi! Maha Suci Lu Ya Allah. Memang gua sujud terhadap Lu.
Lu bayangkan rakaman audio mengenai RAHSIA KAEDAH BAIAH CERAI TAKLIK yang berada dalam genggaman bloggers UMNO akan dimanipulasikan seluruh media perdana. Kemudian dibahaskan oleh seluruh ilmuan Islam sekular.
Cerai bini talak 3 jika masuk UMNO – Utusan
Cerai talak 3 adalah penyelewengan agama yang jijik – Mufti Johor.
Betapa besarnya fitnah yang terhasil? Muslim Melayu semakin keliru, non muslim semakin jauh. Kerana lafaz taklik tersebut, mereka tidak boleh melompat keluar party, tetapi berusaha menggabungkan PAS dengan UMNO. Hanya melalui itulah taklik tidak terjatuh. Subhanallah. Lu memang suci Ya Allah. Sungguh cantik sekali peristiwa yang lu susun untuk kami.
Gua tidak mempunyai akhlak yang baik untuk menegakkan satu negara Lu, ya Allah. Tapi gua mempunyai kecerdasan dan keberanian yang boleh melanggar Hadi tahun depan. Harap Lu kekalkan kecerdasan gua, dan tidak membolak-balikkan keberanian gua. Gua kembalikan anugerah yang Lu pinjamkan kepada gua dan rakan-rakan ke jalan Lu kembali. Lu mudahkanlah ya Allah.
Jumpa projek langgar Hadi tahun depan. Insyaallah. Amin.
Rujukan asal http://adukataruna.blogspot.com
Salam tuan,
ReplyDeletekerana kebodohan penyokong PAS yang tertutup mindanya, membuatkan pemimpin bertambah sombong.
tidak ada manusia yg sempurna...
ReplyDeletekita ada akal n fikiran...
gunalah dengan sempurna...
pemimpin yang menggunakan al-quran n as-sunnah sbg rujukan itulah yg wajib kita ikuti....
W'salam Anonymous
ReplyDeleteRamai orang yang berpendapat begitu. Namun bagi saya tidak semua mereka bodoh tetapi mereka dikhayalkan dengan pil "Wala'"
fikirkan
ReplyDeleteTerima kasih kerana singgah dan tinggalkan jejak.
Betul kata sdr., manusia tidak ada yang sempurna. Akal juga tidak ada 100% sempurna dan bijak tetapi sepatutnya seseorang Pemimpin menggunakannya dengan sempurna mungkin.
Tetapi kenapa mereka berbohong, berdolak dalih, membelot dan menyalahkan orang lain untuk menutup kesilapan? Sepatutnya mereka momohon maaf saja. Kes selesai!.
Mereka menegakkan benang basah untuk membenarkan perkara yang salah mereka lakukan. Sudahlah berfikir secara tempang bahkan menggunakan fikiran pun jauh dari sepurnaan.
Assalamualaikum Ayahanda Pakcik Din..
ReplyDeleteSebenarnya dah takmau amik tau lg bab politik ni..tp nmpak dh makin teruk keadaan di M'sia yg kecil ni..
Sepatutnya hal dalaman parti kena diselesaikan sesama ahli (mcm suami isteri),jika kita adu dgn org luar maka nahas/hancur sesuatu yg dibina bersama..
Dizaman sekarang ni semua berita mudah jd sensasi utk duit,rakusan utk jd hero/org harapan tanpa melihat kepada perpecahan ummah yg semakin terlerai dan runtuh..
Kecerdikkan/teknologi digunapakai untuk merosakkan org lain..Malu betul dgn sesetengah dgn rakyat kita ni...
salam...taun,
ReplyDeletesuka setuju dengan pendapat tuan tu..
Wa alaikumusalam anakanda UXOP
ReplyDeletePakcik Din pun kalau ikut hati memang nak ambil pot tentang politik yang penuh celaru berpkasikan kebendaan hari ini. Namun begitu apabila difikirkan yang rakyat tetap akan membuat pilihan, maka pilihan yang terbaik adalah melilih kumpulan yang terbaik kerana ini melibatkan Negara, Agama dan warisan.
Pilihanya adalah Parti yang terbaik bagi "Islam" dan sebarang kepincangan yang berlaku di dalanya perlu ditegur dan perbetulkan. Tapi kalau ada manusia yang menjadi Pemimpin itu keras kepala, susah sikitlah. Penugundi pasti akan berubah arah.
"Wala'" hanyalah ada kepada pengikut dan Ahli PAS yang totok sahaja. Orang ramai yang berfikiran terbuka tidak akan "wala'" tidak menentu. Mereka bebas menggunakan fikiran rasional untuk membuat pilihan.
W'salam anaklaut.
ReplyDeleteRasanya ramai yang berpendapat seperti kita. Sebab di luar sana masih ramai yang rasional dari emosional. Bagi yang emosi dan tertelan pil "wala'" tu boleh pergi jahannam.
Rasulallah lagikan boleh ditegur, inikan pula manusia biasa yang berserban dan berkopiah.