Saya copy sebahagian dari N3 MSO yang bertajuk Perkembangan Bagan Pinang
Saya tidak ke sana dan masih kabur tentang perkembangan di sana. Jadi saya tidak boleh untuk mengulas di dalam gelap dan hanya bergantung kepada maklumat dari teman-teman blogger sahaja. Tujuan saya adalah untuk mendapat feedback selanjutnya.
Di bawah adalah sebahagian dari N3 itu. Izinkan saya MSOManakala laporan dari pelapor bebas pro PR lain pula bunyinya. Katanya selama dua malam dia meninjau ke tempat ceramah Pas sambutan dingin sekali. Yang hadir tidak begitu ghairah seperti dalam beberapa pilihan raya kecil yang lalu. Misalnya di satu ceramah Pas malam tadi dihadiri tidak sampai 50 orang. Keadaan ini membimbangkan, kata pelapor itu.
Mungkin laporan itu benar. Ada benarnya juga kalau pengundi Bagan Pinang tidak mengerumuni ke tempat ceramah Pakatan Rakyat. Harus difahami kebanyakan mereka mempunyai hubungan yang lama dengan Mohd Isa. Lagipun kebanyakan kenal dan rapat dengan Mohd Isa dan sudah berguni memakan budi Mohd Isa. Jadi ada yang malu alah untuk pergi ke tempat PR.
Walaupun ada sesetengahnya tidak senang dengan Mohd Isa dan bercadang untuk mengundi Pas, tetapi mereka mengambil sikap memprotes secara senyap. Mereka tidak mahu mennonjolkan diri. Inilah ada taktik pengundi yang cerdik kerana mereka tidak mahu bergaduh dengan Mohd Isa secara terang.
Saya lantas bertanya seseorang yang dikenali memainkan peranan untuk merebahkan Mohd Isa di Bagan Pinang. Dia ini dari kalangan UBN yang bermasalah dengan Isa. Katanya memang benar pengundi takut dan senagaja tidak mahu ke tempat Pas kerana mereka ada strategi sendiri.
Bro... tanya anak bro betul ke kapal TLDM terbakar?
ReplyDeletehttp://manjongmari.blogspot.com/2009/10/pergi-jahanam-lah-umno-kapal-tldm_08.html
Kasi ulas sket. Berita hangat untuk tentera Bagan Pinang nih.
protes punya protes pun kesudahannya (diatas kertas) BN menang.. berdoa lah kita supaya kertas tu berubah (pas pulak menang)
ReplyDeleteSdr. Aduka
ReplyDeleteSaya dah baca N3 tu. Tengokkan gambar tu memang benar ada kebakaran tetapi belum tentu Inderapura sebab gambar dari jauh.
Nak tanya Along, dia belayar membuat rondaan sejak 3 Okt. lagi di sempadan perairan Indon dan Filipina. 15 okt. baru dia balik ke Teluk Sepanggar.
Insya Allah saya akan cuba hubungi Juniornya di Lumat.
Anon
ReplyDeleteAllah berkuasa keatas apa sekali pun. Dia akan izinkan sepada siapa saja yang dikehendakinya.
Berusaha, berdoa, bertawakkal dengan sungguh-sungguh ikhlas mungkin boleh merobah keadaan. Itu janji Allah.
Salam Pakdin.
ReplyDeleteSaya, seperti juga orang lain, hanya mendapat maklumat dari media dan internet.
Kalau saya bertanya kepada rakan PR, mereka optimis PAS boleh dapat Bagan Pinang.
Kalau ditanya pihak yang satu lagi, mereka pun yakin BN boleh mempertahankan kerusi DUN di situ.
Tapi mood nak tengok berita di TV dah takde. Memang berat sebelah. Dari dulu lagi media kita begitu.
Tak pernah belajar agaknya..
Sdr. aduka
ReplyDeleteConfirm kapal KD Indarapura yang terbakar. Kebakaran yang agak besar.
Kapal ini pernah berkhidmat di Somalia. Rugi lagi rakyat Malaysia. Kalau berlaku kerana kemalangan, memang tidak boleh nak kata apa-apa tetapi sekiranya berlaku kerana kecuainan manusia, memang agak malang kita mempunyai Pegawai Tentera yang kurang bertanggung jawab.
W'salam sdr. Barahim
ReplyDeleteSaya serupa sdr. Sudah lama tidak tengok berita di TV kecuali berita luar negara dan sukan. Diperbodohnya kita macam Jakun!
Saya lebih suka baca berita dari internet. Tidak kiralah dari blogger atau apa-apa sumber berita. Kita boleh baca, fikir, kaji dan nilai.
Semoga Along sentiasa selamat selalu dilindung Allah di bawah doa Moundtweller.
ReplyDeleteMedia Malaysia sibuk cerita politik.
Sampai berita ini pun sekadar berita picisan.
Berita kedatangan skuad Bendera dari Indon pun tidak kedengaran?.
CCEO PulakDah.
ReplyDeleteSebenarnya saya mendoakan bagi sesiapa saja antara kita supaya selamat dunia dan akhirat. Kalau kita selamat di dunia tidak semestinya kita juga selamat di akhirat. Dan bagi tata berdoa semestinya di dahului dengan diri sendiri, anak dan isteri, Ibu bapa dan seluruh muslimin dan muslimat serta negara.
Nampaknya tumpuan berita lebih membodek daripada memberikan maklumat yang lebih besar dari survival individu. Itulah malangnya kita bila survival politik lebih diutamakan survival rakyat dan kedaulatan negara oleh pimimpin yang kita berikan undi untuk berkuasa.