Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 1, 2009

Kad Raya Along

Kad Raya dari Along yang membuatkan Mamanya menangis
Dan saya pun ikut tersentuh

22 comments:

  1. Ibu mana yang tak menangis raya puasa setahun sekali anak2 tak dapat bersama. tambah2 kalau tengok makanan kesukaan anak itu. saya alhamdulillah dapat berkumpul dgn semua anak2 raya kali ini.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya maaf zahir batin utk pak din dan isteri, along serta adik. saya pun terasa tersentuh dan berlinang air mata baca tulisan along tu..drp fendi, sham, annisa dan annur. kajang

    ReplyDelete
  3. Salam al lavendari

    Syukurlah sdr. masih boleh bersama menyambut lebaran seisi keluarga.

    Saya sebagai lelaki dan bapa pun bila tengok ibunya menangis terasa juga sebaknya. Kami memang tidak beritahu apa yang kami masak sekiranya dia bertanya sebab kami akan terkilan bila dia sebut "Adoi sedapnya...

    ReplyDelete
  4. hmm.. memang sayu kalau tak dapat beraya bersama keluarga..
    bang din nak tanya macam mana nak 'pagar' rumah?

    ReplyDelete
  5. Salam lebaran dan Selamat Hari Raya juga buat Fendi, Sham, Kakak dan Adik semoga kalian gembira dan dirahmati Allah sentiasa.

    Sebagai bapa pun sebak inikan pula siibu. Yang kami amat terasa tu sebab inilah tahun pertama Along tidak beraya bersama kami.

    Semua Bapa-Bapa, Mak Saudara dan Sepupu sepapatnya balik beraya bersama tetapi Along tidak bersama. Tapi Along berjanji akan balik KL semasa convo adik nanti pada pertengahan bulan depan.

    Terima kasih sdr. Fendi.

    ReplyDelete
  6. mr edz

    Sedih dalam redha dengan ketentuanNya.

    Insya Allah Abg akan email nanti. edz boleh hantar alamat ke email abg.

    selempang_merah@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Salam Ayahanda,

    Sayunya hati apabila tidak dapat berhari raya sekeluarga.

    Harap hari raya haji nanti dapatlah beraya bersama.

    (Terlalu sibuk dengan tugasan tak sempat nak meninggalkan komen, buat posting pun yang terlintas untuk merapu)

    Maaf dan ampun jika ada salah silap. Selamat Hari Raya, kirim salam pada Auntie, pesan padanya: Nanti kalau Along dengan Adik dah bersuami lagi banyak berpisah... he..he..he.. gurau jer...

    ReplyDelete
  8. terima kasih pak din dan isteri kerana melahirkan seorang wira negara.

    bayangkan apa akan jadi kepada negara /negeri kita jika sempadan laut lepas negara tidak dijaga oleh anggota keselamatan kita, barangkali mungkin kita akan huru-hara dengan masalah lanun asing,penyeludupan senjata api,dadah, dll.


    terima kasih di atas pengorbanan pak din dan keluarga.

    baik dibalas baik.

    ReplyDelete
  9. W'salam anakanda Isa.

    Along memang janji akan pulang untuk beraya haji. Tetapi bagi perkhidmatan yang beruniform bukannya boleh tentu. Bergantung kepada situasi.

    Ayahanda juga mohon ampun di atas segala salah dan silap sebelum ini dan akan datang.

    Ayahanda memang sudah bersedia untuk itu. Bila mereka sudah ada keluarga sendiri, mereka akan membawa haluan masing-masing. Semua kita sebagai ibu bapa akan menghadapinya sekiranya dipanjangkan umur.

    ReplyDelete
  10. Salam Rakyat Kelantan Darulnaim.

    Pak Din juga sememangnya berbangga bila Along menyatakan hajat untuk masuk ATMA dan seterusnya berkhidmat dalam ATM dan situasi begini memang sudah dijangka kerana kerana di kalangan keluarga kami ada juga pegawai tentera udara dan darat.

    Mamanya juga faham cuma almaklumlah hati seorang ibu. Tapi bila siibu buat hal, sibapa pun ikut sayu.

    Walau apa pun kami tetap syukur dan bangga dengan apa yang Along lakukan.

    ReplyDelete
  11. salam Abe Din,
    Hati mana tak tersentuh,tika mendapat kiriman kad raya sebegitu jauh dari mata,tapikan mesti dekat dihati..
    Cantik gak tanda tangan Along nie..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..
    selamat hari raya bt uncle dan famuily.. sedihnya.. along tak dpat beraya bersama tahun ini ye?

    uncle berdepan dgn ribut hari tu ye? rumah mertua di pasir puteh rosak sikit di atapnya.. ayah saudara pulak rumahnya ditimpa pokok.. dan ada jugak yg tercabut bumbung rumah.. kuat betul ribut yg berlaku tu ye? mungkin ada hikmah di sebalik apa yg berlaku.. kita berdoa utk yg terbaik..

    jaga diri uncle.. sampaikan salam buat aunty..

    ReplyDelete
  13. W'salam IndukYati

    Sedih ada, bangga pun ada.

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam T.

    Nasdib baik rumah uncle ok. Tapi banyak pokok yang patah dan tumbang.

    Selamat Hari Raya buat T dan keluarga semoga bahagia selalu.

    Mesti beraya kat Bukit Abal nih!

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum

    saya yang membaca pun tersentuh juga, apatah lagi ibu dan ayahnya sendiri...

    ReplyDelete
  16. Wa alaikumussalam a kl citizen

    Saudari sebagai seorang perempuan pastinya memahami naluri seorang ibu.

    ReplyDelete
  17. salam,
    saja nak tanya,
    betul ke kapal selam scorpene kita tak leh menyelam ?

    ReplyDelete
  18. W'salam Katon Tin Ton

    Terima kasih kerana sudi ziarah.

    Sebenarnya tidak ada masalah dengan Sub kita tu. Cuma masa bawa balik memanglah tidak menyelam, kena belayar di permukaan. Ini adalah peraturan ketenteraan antara bangsa. Bila di perairan orang, mana-mana negara pun memang macam tu.

    Di perairan sendiri tidak ada masalah, cuma kena ikut jadual dan arahan. Kos bahan bakarnya pun mahal.

    ReplyDelete
  19. thx pak din, bukan apa saya dok dgr dari mulut navy sendir yg ada masalah pressure kat kapal tuh. Tapi ye la kan, entah2 org yang cakap tu pun tak tau apa

    ReplyDelete
  20. Katon Tin Ton

    Pak Din pun bukan tahu sangat. Pak Din pun bertanya kat Along. Dia yang lebih tahu.

    ReplyDelete
  21. terkini

    http://www.mmail.com.my/content/27231-defect-found-royal-malaysian-navy-sub

    ReplyDelete
  22. Katon Tin Ton.

    Terima kasih sertakan link.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa