Janganlah kecewa dengan kekalahan.
Tidak ada kufur maka tidak dapatlah pahala dakwah
Tidak ada miskin maka tidak dapatlah pahala sedekah
Tidak ada Jahat maka tidak dapatlah pahala pembela
Tidak ada jihad maka tidak dapatlah anugerah syahid
Tidak ada maksiat maka tidak dapatlah pahala mencegah
Jangan kita lupa sebarang sokongan, akur dengan perbuatan fasik, kufur dan rasuah maka kita tidak akan lepas dari palitannya.
Bayangkan sekiranya Allah jadikan semuanya baik, dapatkah kita pahala/kebajikan dari perjuangan ke jalanNya? Allah jadikan jalan yang berliku, adalah untuk kebaikan kita.
tuan
ReplyDeleteyang menang tak memang semua
yang kalah tak kalah semua
kpd sesiapa yg kata hari ini.....
kita diajar lagi
assalammualaikum
ReplyDeletesetuju sangat...
Sdr. Jinggo
ReplyDeleteBetul. Redhalah dengan kekalahan. Bersyukurlah di atas kemenangan.
Wa alaikumussalam a kl citizen
ReplyDeleteTerima kasih.
Tidak ada satu perkara pun akan mendapat percuma melainkan di atas usaha.
PakDIn..
ReplyDeleteKita mudah utk menang tapi susah nak kekal kemenangan..kepada yg tewas teruskan berusaha supaya satu hari mengecap kemenangan..
apapun ianya berbalik kepada satu perkara.."Tanggungjawab"...
Salam ayahda,
ReplyDeleteTerimakasih atas nasihat.Bagi saya menang atau kalah semuanya ujian dari Allah.
Ujian kemenangan lebih hebat dari ujian kekalahan.
Kita di uji adakah kita benar2 ikhlas nak melaksanakan tuntutan agama atau sebaliknya.
Salam buat Pakdin. Moga sentiasa dalam rahmat Allah.
ReplyDeleteJangan kecewa, sebab dalam perjuangan, kita akan diuji. BN pun pernah kalah, kali ini dia menang.
PAS pernah menang di Manik Urai dan Permatang Pasir, PAS pernah malukan BN di Bukit Gantang, rasanya tidaklah kalah semua.
Macam Bro Jinggo kata, tak kalah semua. Tempat tu pun memang 'keras' giler.
Yang untungnya orang-orang di situ, banyak dapat manfaat di sebalik PRK ni.
betul3....setuju sgt2..
ReplyDeletesalam ayahanda.
ReplyDeleteApapun saya percaya Allah mengizinkan kemenangan mereka untuk menguji kita. Pengalaman yang dikutip oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat dan para Blogger di Bagan Pinang akan dijadikan sesi pembelajaran yang amat berguna dalam menghadapi jentera Umno BN di masa hadapan. Kalian semua telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Nafsu amarah kalian berjaya dikekang dalam menghadapi samseng umno dan ini membuktikan anda telah berjaya menghadapi dugaan yang amat berat daripada Yang Maha Esa. Bukan perkara mudah untuk mengawal nafsu kita yang sentiasa dicucuk bara oleh syaitan-syaitan yang ingin menyesatkan.
Perjuangan menegakkan Islam harus diteruskan hingga ke nafas terakhir.
Salam Ayahanda,
ReplyDeleteBetul juga yea..., sokong sangat.
manis dan pahit kalah dan menang utk kematangan kita dalam mengharungi kehidupan :)
ReplyDeleteaaapit.
ReplyDeleteBetul aaapit. Untuk kekalkan dan manafaatkan kemengan tidaklah mudah.
Kekalahan akan menyuburkan kecekalan.
W'salam ijoks2009
ReplyDeleteKalah dan terima dengan keredhaan adalah amat lebih baik kemengan dengan kebanggaan.
Kalah menang sama saja. Kalah boleh membuat kebajikan dan ibadat. Begitu juga dengan kemenangan. Menang juga boleh beribadat secara menang. Apa yang kita mahukan hanyalah keredhaan Ilahi.
W'salam sdr. Brahim.
ReplyDeleteMemang saya telah duga yang PR akan kalah walau pun kebanyakan bloggers PR cukup optimis untuk menang.
Orang di sana sememangnya melebihkan dunia dari akhirat. Kalau tidak takkanlah seorang calon yang terpalit dengan bermacam onar agama boleh dimenangkan.
Satu lagi tenaga kerja PR yang didatangkan dari seluruh pelusuk terlebih ghairah. Jadi mereka dipandang serung dan dingin oleh orang tempatan.
Betul saudara itulah hidup dan berjuang. Ada masa kalah dan ada masa menang. Lagi pun apa nak dihairankan, PAS memang selalu merasa kekalahan sebelumnya.
Orang tempatan memang beruntung dengan hidangan projek mee segera.
Atacha
ReplyDeleteTerima kasih menyokong tapi tidak semestinya apa yang saya katakan 100% betul dari kaca mata orang lain.
W'salam akira
ReplyDeleteMemang kita sudah awal lagi diingatkan oleh Allah yang kerja Syaitan adalah menyesatkan manusia yang kurang iman. Tidak hairanlah kalau di zaman ini memang Syaitan berjaya.
Sekiranya kita selalu menang, kita mungkin takbur dan angkuh. Tidak ada lagi keikhlasan perjuangan. Pahala yang diimpikan, bala pula yang mendatang.
Apa pun tahniah kerana berjaya menelan kemarahan dengan bersabar. Kalau tidak PR akan dipandang lebih buruk.
W'salam anakanda Isa.
ReplyDeleteAyahanda hanya pandang dari dalam diri ayahanda sendiri.
Mak Su.
ReplyDeleteBetul sangat-sangat kata-kata Mak Su itu.