Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 9, 2009

Terperangkap Memandu Bersama Manusia Gila

Petang 7 Okt. 2009 saya terpaksa menghabiskan masa selama lebih sejam hanya untuk laluan sepanjang 1+km untuk ke pekan Kota Bharu dari Kubang Kerian mengambil isteri dari pejabatnya. Pada petang itu sebelum saya keluar pejabat telah berlaku hujan dan ribut, mungkin kena tempias taufan yang berlaku di negara jiran.

Setelah jenuh bersesak-sesak dan merayap di antara kenderaan yang bergerak mengalahkan kura-kura tempang, tibalah saya di
traffic-light simpang Taman Maju. Rupa-rupanya traffic-light di simpang itu mati. Semua kenderaan dari empat penjuru telah terperangkap di tengah-tengah simpang head to head kerana masing-masing tidak mahu mengalah. Dan akhirnya semua tercebak macam masuk lukah. Nak reverse tak boleh sebab kenderaan yang di belakang sudah bersesak panjang. Nak ke depan pun tidak ada ruang. Jadi masing-masing dah masuk ke bubu. Tetapi masing-masing tidak mahu mengalah. Kepala Batu!

Dengan mengisut-ngisut lebih sejam, bila tiba di simpang itu saya terpaksa buat u-turn kembali ke Lundang dan mengambil Jalan Dato' Lundang sebagai altanatif ke Pekan KB.

Apa yang saya nak katakan ialah sikap pemandu. Ego, Penting Diri, Tidak mahu mengalah, Masuk setan menyebabkan bersikap samseng dan kepala dah jadi gila. Peribadi sebagai Muslim sudah tercicir langsung akibat keadaan. Setan sudah menguasai kepala hotak masing-masing.

Memang inilah sikap Orang Kelantan di Jalan Raya yang saya perhatikan sejak dari dulu. Yang memakai Ketayap dan Serban lagilah. Perangai mereka di jalan raya di buatnya seolah dia sudah berada di Syurga. Ikut sedap dia ajer. Mereka tidak malukan Ketayap dan Serban yang dipakai sebagai lambang Muslim yang berhikmah, tetapi biadap yang lebih. Saranan Agama yang diajar oleh Qur'an dan Rasul mereka cicirkan ketika di Jalan Raya.

Tapi yang menghairankan saya, mereka-mereka ini sekiranya ke KL atau berada di luar Kelantan tahu pula beradap ketika memandu. Agaknya malu mereka hanya kepada orang luar. Meraka tidak malu kepada Allah yang mengajar mereka supaya beradap walau di mana saja mereka berada.

Pihak Polis pun satu hal. Di masa dan keadaan yang saya anggap tidak perlukan Polis, mereka rajin pula tolong menyesakkan simpang. Kekadang tu naik marah juga kita kerana mereka menjalankan tugas secara bodoh melambatkan dan menyesakkan kenderaan di simpang-simpang yang semangnya traffic light berfungsi dengan baik dan lancar. Tetapi di dalam kes sebagaimana di atas, jangankan muka Polis, Topi polis pun tidak kelihatan. Di mana mereka?

20 comments:

  1. Polis belum sampai kot UncleDin..Sabar UncleDin..marah betul nih..Jgn kata kat Kelantan, mana2 pun sama..tambah2 budak2 muda yg gila kereta..meroyan bila pegang stereng...bukan pedulik org lain..ni lagi saya geram uncleDin..kalau dapat, saya kutil2 perut depa..

    ReplyDelete
  2. aaapit.

    Dah dua jam keadaan trafik begitu. Balai polis hanya 2km dari situ. Takkan Polis pakai kereta lembu.

    Sebenarnya Pak Din marahkan perangai yang tidak senonoh di jalan raya. Ada tempat yang boleh pentingkan diri dan ada pula tempat yang sememangnya perlukan tolak ansur dan hormat menghormati tetapi sayang mereka merasakan dirinya Islam hakikatnya di hati tidak Islam sepenuhnya.

    ReplyDelete
  3. salam pakdin,
    dah jadi lumrah pemandu dimalaysia, kat luar punya la bsopan, masuk je dlm kereta, dia la raja..

    ReplyDelete
  4. W'salam aku

    Agaknya dah tak boleh buat ape dah. Tapi yang hairannya dulu tidaklah macam tu.

    Agaknya bila dah masuk kereta, mereka buang perasaan.

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum

    masing2 rasa macam lebih bagus dari org lain...

    ReplyDelete
  6. Wa alaikumussalam a kl citizen

    Apa yang saya nampak masing-masing ego dan penting diri. Apa salahnya beri laluan kepada yang masuk dulu lepas tu ambillah giliran. Ini tidak masing-masing tidak mahu berikan laluan dan akhirnya semua tercebak dan semua sangkut tak boleh bergerak.

    Traffic-light padam/rosak, Saya pernah beberapa kali melalui keadaan ini di KL dan Kelang. Tapi tak ada sangkut pun. Maasng-masing memberi laluan kepada siapa yang dahulu dan ikut giliran tanpa berebut-rebut.

    ReplyDelete
  7. Salam

    Ya Allah, memang setuju 100%! Terutamanya part PAKAI KOPIAH!!! Perangai orang kelantan bawak kereta memang macam s*** buat orang lain yang normal jadi sakit jiwa

    ReplyDelete
  8. sikap pemandu malaysia.. tak kira apa status..

    ReplyDelete
  9. salam tuan. tetiba saya teringat akan tulisan saya beberapa hari lalu di dalam blog ini seperti di bawah:

    Thursday, October 1, 2009

    MESTI.DIA.ORANG.YANG.BUAT ...!

    apasal korang asyik
    salahkan dia orang !

    kalau memandu secara merbahaya,
    mesti dia orang yang buat.

    kalau memandu melebihi had laju,
    mesti dia orang yang buat.

    kalau memandu di lorong kecemasan,
    mesti dia orang yang buat.

    kalau kita tanya dia orang ... siapa yang buat?
    dia kata, bukan dia yang buat.

    tapi kalau dia kata, dia tak buat,
    dan kita kata, kita pun tak buat,

    habis siapa yang buat?
    .
    .
    .
    .
    .

    mesti dia orang yang buat !!!

    ReplyDelete
  10. Encik Penghuni Gunung perasan tak, bahawa di Kelantan, berlainan dengan KL, tiada budaya menekan hon ?

    Tekan hon ada baik dan buruknya.

    Dari segi buruk, boleh membingitkan suasana tapi dari segi baiknya, boleh mengajar pakcik2 yang berserban dan berketayap itu ..

    Hahhahahha ...

    ReplyDelete
  11. W'salam Azyyati

    Ini sebenarnya masalah ego dan fahaman songsang. Mungkin anggapan mereka bila berkopiah atau serban tu, dah kebal dari segala hal dunia. Mereka lupa menghormati orang lain dan berhemah juga adalah ajaran Islam.

    Kekadang tu jalan 2 lane jadi satu. Mereka memandu perlahan di tengah-tengah menghalang orang lain memotong. Mereka lupa Sunah Rasul yang membuang sampah/halangan di tengah jalan tetapi mereka pula menjadi sampah/halangan di jalan raya yang menyusahkan orang lain.

    ReplyDelete
  12. mr edz

    Ini masalah ada otak tak mau pakai!

    ReplyDelete
  13. W'salam al-lavendari.

    Ingat tak ungkapan ini "Seluar, seluar aku tapi taik bukan aku yang punya"

    ReplyDelete
  14. Bertopi Koboi

    Betul tu, saya pun jarang bunyikan hon. Sebenarnya memang ada tempat yang perlukan hon. Contohnya bila ada pemandu yang tidur di traffic-light. Tetapi kalau hon kepada yang berketayap tu, mereka buat tuli jer... tak kira bunyikan hon ke atau bagi highbeam ke, mereka buat tak reti jer.

    ReplyDelete
  15. Di Malaysia, kurikulum Driving School tak tekankan pada "berhemah" di jalanraya. Di US, berhemah di jalanraya adalah salah satu kurikulum penting dalam pembelajaran memandu.

    Apa itu berhemah di jalanraya? Saya ambil contohnya:

    1) Ramai orang Malaysia masih tak faham cara menggunakan round-about. Kalau round-about itu besar mungkin dia berhati-hati, tapi bila jumpa round-about yang kecil, dia dah mula tak reti nak apply the same concept of round-about.

    2) Bilamana traffic light mati, dia dah tak reti nak apply concept siapa dulu yang ada hak untuk jalan bila sampai di simpang emapat atau simpang 3. Di US, benda sebegini ada ditekankan. Masing2 bersikap, "Eh, ko diamlah aku jalan dulu".

    3) Concept kotak kuning kekadang dituruti, kekadang dilanggari ikut kesabaran pemandu. Kalau rasa macam "ah, pegi mampos la ko, aku nak cepat" attitude dah rasuk diri, maka benda itulah yang tuan baru hadapi beberapa hari lepas.

    4) Sebenarnya, pakai ketayap ke tak pakai ke sama saja, suka juga buang sampah keluar daripada tingkap kereta. Padahal Islam ajar kebersihan, maka dia pun mengamalkan kebersihan hanya dalam keretanya sahaja, tapi tak kisah sikitpun kebersihan persekitarannya atau bandar yang dia huni. Itu saya namakan Islam ada had...dan harinya.

    Saya ambil satu contoh di US yang saya masih lagi tidak pernah terlihat berlaku di Malaysia.

    Pernah tempat saya tinggal di US dulu, ada seekor anak kucing terlepas ke atas jalanraya. Maka semua kereta daripada kedua arah berhenti. Semua mereka berhenti, dan keluarlah seorang hamba Allah ini menyelamatkan kucing itu. Walaupun dia bukan Islam tapi sifat prihatinnya kepada haiwan itu patut dihargai. Begitulah betapa tingginya peradaban mereka yang bukan Islam di atas jalanraya berbanding kita yang majoritinya Islam tapi masih mundur dalam berfikiran setahap itu.

    Kekadang bila saya fikirkan balik, alangkah bagusnya jika mereka itu beriman, kerana peradaban mereka ketika di atas jalanraya itu sudahpun mencerminkan cara yang Islam anjurkan iaitu: Sabar, Prihatin, Bersopan, Tertib.

    Sekian.

    ReplyDelete
  16. Garden

    Betul kata saudara. Pada zaman saya dulu ada tetapi sekarang sudah lenyap kot.

    Bila baca komen sdr. saya teringat kata-kata bekas KP saya dulu. Katanya sikap orang Jepun lebih Islamik dari kita orang Malaysia.

    Terima kasih di atas komen dan info yang bermanafaat dari saudara.

    ReplyDelete
  17. salam...

    mcm nilah maslsalah tidak mahu mengalah, pentinglkan diri sendiri.. apapun syabs pada tuan kerana masih bersabar wp tension terperangkap dlm jem tersebut.

    ReplyDelete
  18. Betul tu tuan yg berkopiah nampaknya lebih banyak bersikap tak cukup ajar.Ingat kepada yang berkopiah atau tidak berkopiah kalau anda tidak bersopan di jalanraya dan membuatkan sesorang itu terasa hati kerana perbuatan anda,maka saya ingatkan bahawa susah anda nak masuk syurga...sebabnya bila anda nak minta maaf kepada orang yang anda sakiti hatinya itu? pada saya anda tak kenal pun orang itu..kalau kenal mungkin anda akan mencari dan minta maaf kepada orang itu tetapi dalam keadaan ini pada saya mustahil anda kenal semua orang itu..maka nah jawab sendirilah di akhirat esok..apa mungkin kalau begitu anda akan masuk syurga!?

    ReplyDelete
  19. W'salam anaklaut.

    Masalahnya bukan saja tidak mahu mengalah, minta laluan untuk ke tepi pun dihimpitnya. Saya terjebak di lane kanan dan saya signal minta laluan untuk masuk jalan kampung pun tidak diberi.

    Ada juga rasa marahnya tetapi di dalam keadaan semua kepala dah masuk air, terpaksa pendam kemarahan di dalam diri.

    ReplyDelete
  20. Rush IswaraKu.

    Betul tu. Saya setuju dengan saudara. Kalau berlagak di jalan raya tak ada siapa nak puji, di maki tu adalah..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa