Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 27, 2009

PAS Oh PAS

Kenapa perkara sebegini terjadi lagi kepada PAS?. Sekarang Ust. Nasa dan Hassan Ali, dulu tahun 79, Allahyarham Dato' Mohammad Nasir dan gengnya serta disampuk pula oleh polong UMNO dan dibantu oleh Ibrahim Alkatak. Pada tahun itu PAS hanya tinggal Batu Nisan di DUN Kelantan. Apakah PAS terlalu bodoh untuk mengambil iktibar dari peristiwa dulu? Kenapa masih ada lagi manusia begini di dalam PAS dan disimpan pula oleh Perwakilan melalui Muktamarnya baru-baru ini? Atau adakah ini membayangkan persetujuan majoriti Ahli-Ahli PAS yang mengundi mereka?

Satu lagi perkara pelik, kenapa Geng ini menjemput pula pertemuan dengan bloggers anti PR untuk memaklumkan perkara yang tidak sepatutnya diketahui mereka? Apakah niat mereka sebenarnya? Adakah mereka ingin menggunakan bloggers ini untuk mengutuk dan melagakan Pemimpin PAS sebagaimana yang dikatakan oleh blogger PERISIK RAKYAT? Baca di sini

Ini hanyalah persoalan-persoalan dari saya yang secara peribadinya sebagai penyokong perjuangan PAS untuk Agama dan keadilan. Saya agak kecewa dengan keadaan ini walau pun saya bukan Ahli PAS. Dan yang pastinya saya tidak akan menyokong mereka di masa akan datang sekiranya mereka tinggalkan agama dan prinsip perjuangan. Mereka akan jadikan parti mereka sama saja dengan UMNO dan sekiranya itu yang terjadi kenapa tidak sokong saja UMNO?

Hakikatnya PAS perlu dibersihkan dan sintukkan limau!

Saya juga tertarik dengan komen Dato' MAZA, mantan Mufti perlis di blognya berkenaan kemelut PAS ini. Sebahagian petikan saya copy n paste sebagaimana di bawah.

Satu perkara yang wajar PAS akui ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul. Bukan sahaja orang bawahan, bahkan pihak atasan PAS.

Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari. Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis:

“Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah..”.

Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari. Saya tidak menyatakan saya setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi saya hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan, padahal Dr Aziz Bari boleh dikatagorikan sebagai rakan mereka. Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub atau gaya bahasa yang lebih terhormat.

Bagaimanakah keadaan seperti ini jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan?! Saya bimbang ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan luar.

Akhirnya, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.

Beberapa perkara berikut patut difikirkan oleh PAS;

  1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?
  2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?
  3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?
  4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?
  5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?
  6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?
  7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?

- Dr Mohd Asri Zainul Abidin, USM.

Sila baca sepenuhnya di sini

8 comments:

  1. Assalamualaikum:

    Alhamdulillah hal yang berlaku sekarang. Semoga pimpinan dan penggerak PAS sedar betapa bergerak secara berstratigi dan berstruktur itu amat-amat perlu.

    Al-Quran, Hadith dan ijmak itu perlu diterjemahkan ke dalam perlaksanaan dan bukan sekadar laungan dan kuliah. Inilah yang perlu dipenuhi oleh pimpinan PAS.

    Salam jihad!

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam luaskanmata.

    Hal yang berlaku sekarang mungkin peringatan Allah kepada PAS supaya sedar dari lamunan populariti. Yang penting PAS perlu bersihkan diri dan perbetulkan haluan.

    Terima kasih sdr luaskanmata.

    ReplyDelete
  3. Pakdin,

    Susah lah nak cerita. Tapi saya suka membaca pandangan Pakdin. Kritis tetapi boleh dibahaskan.

    Ada baiknya orang macam saya membaca dan menilai apa yang berlaku. Pertama, sebab saya sendiri bukan ahli PAS, sekadar rakyat yang mengikuti perkembangan. Kedua, saya sendiri tidak begitu faham apa yang berlaku. Mendapat maklumat di akhbar pro-kerajaan bukan satu yang bijak. Sementelah di internet, pelbagai variasi cerita yang muncul.

    Masa akan menentukan, dan esok, pimpinan PAS termasuk Tok Guru Nik Aziz akan bersemuka. Moga penyelesaiannya meyakinkan.

    Ramai pihak di 'luar sana' yang bertepuk tangan melihat suasana PAS kini..

    ReplyDelete
  4. PAS kena (terpaksa) sentiasa cermin diri & hendak (patuh) memperbetulkan kepimpinan atasan. Itu adalah paramount dalam medan perjuangan melalui medan perang politik. Kalau tak segera ambik steps to move forward, PAS can't sustain & will'be left behind by others (kalah banyak kerusi dlm PRU13).

    ReplyDelete
  5. Salam ayahda,pemimpin PAS juga manusia biasa yg tidak terlepas dari kesilapan dan alpa,tetapi jika seringkali melakukan kesilapan yang sama berulang kali,pemimpin itu perlu di tegur.

    Dan cara menegur pemimpin juga ada adap-adapnya dalam islam.
    Sama lah macam solat jemaah.
    Jika imam yg melakukan kesalahan tidak di tegur,maka solat itu akan terbatal tetapi jika makmum yag menegur tidak kena caranya solat dia akan terbatal.

    dalam masaalah solat cukup seorag saja makmum yg layak utk menegur bukan beramai2.Dalam masaalah parti PAS yg layak menegur ialah mursyidul am,kecualilah jika Tokguru sendiri yg buat salah barulah org lain boleh tegur.

    ReplyDelete
  6. Sdr. Brahim

    Yang menjadikan persoalan ialah kenapa isu yang sepatutnya berlegar di kalangan PAS didedahkan dan dijadikan modal memburukkan PAS dan pemimpinnya.

    Dula zaman 79 semasa PAS dilanda krisis dan Mageran diistiharkan di Kelantan dan berikutnya di adakan Pilihanraya dan PAS hanya tinggal 2 orang ADUN sahaja.

    Pada masa itu tidak ada orang yang membantu untuk berjeramah semasa kempen, dan saya turut menyumbangkan tenaga berceramah di pentas PAS dengan tidak ada laudspeaker kerana tidak dibenarkan oleh SPR dan Polis. Pada masa itu saya masih di tingkatan 6. Di saat tidak ramai yag menghidu PAS saya yang hidu secara sekarela.

    Tidak cukupkah peristiwa iuni memberikan pengajaran kepada PAS sekarang?

    ReplyDelete
  7. Hanz

    Itulah yang dikesalkan. Kenapa mereka seolah tidak bermuhasabah diri?

    Kenapa harus PAS ketinggalan dari segi tektik dan pemikiran? Tidak semestinya "Matlamat menghalalkan cara" dihalalkan kepada perjuangan PAS.

    ReplyDelete
  8. W'salam ijoks2009

    Memang betul, kita semuanya manusia biasa tetap melakukan kesilapan dan patut ada penegur dan menegur mereka tetapi amat malang rasany sekiranya amaran dan teguran tidak dihiraukan. Meraka degil dengan langkah dan pemikiran sendiri.

    Di Muktamar yang lepas perkara ini telah dipadamkan tetapi kenapa ditimbulkan kembali? Bukankah 3 juak inilah yang menimbulkannya kembai ke permukaan? Inilah yangv tidak disenangi oleh Tok Guru Nik Aziz.

    Sehari dua ini pula Nik Abduh pula yang menumpahkan kuah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa