Saya yang di atas pagar pun tidak senang hati melihat satu wadah politik yang berorientasikan agama Islam semakin longgar pegangannya dan semakin terhakis sokongan rakyat kepada mereka. Mereka semakin menyenakkan penyokong dengan bercakaran idea dan teknik perjuangan. Kluk-klek dan ghok-ghak di dalam PAS membawa liability kepada Pakatan Rakyat kerana memberikan persepsi negatif kepada rakyat. Sekiranya di kalangan pemimpin PAS sendiri masih tiada hala tuju yang tetap dengan percakaran pandangan dan pendapat, bagaimana mahu menarik kepercayaan rakyat?
PR masih di dalam pemerhatian pengundi. Kepercayaan rakyat masih belum terpahat sepenuhnya di hati rakyat. Rakyat masih dan sedang menilai kebijaksanaan pemimpin PR memimpin parti serta sikap masing-masing sebelum menyerahkan kuasa pemerintahan Malaysia. Rakyat tidak sembrono di dalam hal ini. Kestabilan PR adalah bergantung kepada kestabilan parti-parti di dalamnya. PR bukanya kuat lagi. Masih diperingkat tunas yang baru membesar. Rakyatlah yang membajainya. Dalam hal ini komen Prof. Dr. Aziz Bari adalah relevan.
Bagi blogger aduka taruna dan mungkin juga Pak Bakar, adalah kedudukan Mursyidul Am bukannya berkuasa memanggil AGM tetapi seperti kata aduka taruna sparknya boleh mencetuskan bakaran semangat ke arah itu. Tetapi perkataan "Timing" di tajuk blog aduka taruna dan juga Pak Bakar saya tidak faham. Mungkin kerana saya bukan di dalam kalangan orang dalaman PAS maka saya buta dengan keadaan dan suasana di dalam PAS itu sendiri. Di sini saya perlu memohon maaf sekiranya saya tersilap.
Di bawah saya petik sebahagian pandangan YAB. Tok Guru Dato' Nik Aziz, Mursyidul Am PAS di blognya.
Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :
“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”
“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”
“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”
“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”
“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”
“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”
“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”
“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Seterusnya sila ke sini
Sokong Cadanga Tok Guru 100%!
ReplyDeleteBro tolong buat poll atau pungutan suaran supaya EGM ni benar-benar terjadi. Pas mesti tegas dan berani buat perubahan dengan drastik.
Jangan tunggu lama-lama!
EGM perlu dibuat segera.
Mana yang nampak nak sangat jadi UMNO kita sepak awal-awal
atau halau je suruh diorang pegi
join juak-juak sebelah sana.
Sebenar nya ramai puak UMNO dalam Pas yang berselindung disebalik
kopiah, serban dan jubah..
Pas kalau rasa nak terus menerima sokongan padu dari semua bangsa mesti terus berani membuat perubahan! Kalau tak jadi pembangkang korang sampai mampos...
Ingat banyak rakyat kini mahukan perubahan pada kepimpinan teraju negara cuma hanya segelintir yang bodoh sahaja yang menyokong UMNo. Pas jangan cuba merosakkan kepercayaan rakyat yang mahukan perubahan.!
Woi Dengar Cadangan Tok Guru!
kalau tak, buang aje seban atas kepala tu...Joint Haji Kahar lagi bagus!
SETIAP BLOG SILA BUAT POLL DESAK EGM PAS SERTA MERTA!
ReplyDeleteBUAT SEKARANG JUA WAHAI PEJUANG!
Salam Tok Ketua
ReplyDeleteSaya juga bersetuju dengan pandangan anda. Memang ramai di kalangan itu yang mencari peluang. Kadang-kadang menjadi chameleon/sumpah-sumpah bila terdesak.
Insya Allah saya akan adakan poll.
Anonymous
ReplyDeleteSaya telah tunaikan permintaan saudara.
Terima kasih di atas cadangan itu.