4 Disember 2013
Rejim Bashar didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai sepanjang konflik yang tercetus di Syria sejak lebih 30 bulan lalu
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Bukti kukuh yang diperoleh pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan rejim Presiden Bashar al-Assad melakukan jenayah perang.
Kelmarin, Ketua Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay mendakwa Bashar dan beberapa pegawai kanan kerajaan turut bertanggungjawab dalam konflik di Syria.
"Wakil kami berjaya mengumpulkan senarai nama suspek yang menjadi dalang mencetuskan perang saudara di negara tersebut. Kesemua mereka bakal didakwa atas pelbagai pertuduhan termasuk melakukan pembunuhan beramai-ramai," jelasnya lagi yang dipetik AFP
Difahamkan, maklumat tersebut diperoleh hasil daripada siasatan yang diketuai oleh pakar dari Brazil, Paulo Pinheiro.
Dalam perkembangan lain, seorang pengebom berani mati bertindak meletupkan dirinya di Damsyik dan turut menyebabkan sekurang-kurangnya empat maut manakala 17 lagi cedera.
Stesen televisyen tempatan melaporkan lelaki tersebut memakai tali pinggang yang dipasang dengan bahan letupan.
Sementara itu, aktivis mendakwa pengebom tersebut dipercayai menyasarkan bangunan kerajaan di ibu negara. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa