Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 24, 2013

Dari fb PDRM: Rasanya Tips Ini Berguna Bagi Pemandu

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

MEMBAWA KENDERAAN KETIKA WAKTU HUJAN

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir- Ini boleh menyebabkan kereta terbabas. Cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan stereng, namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Kurangkan memandu di lorong paling kanan bagi mengelakkan percikan air apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air. Ini bagi mengelakkan percikan air berkenaan menghalang pandangan ke depan, dan ia boleh menyebabkan risiko kemalangan meningkat sekiranya memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Ini akan membantu kita lebih bersedia untuk berhenti sekiranya kenderaan berkenaan menekan brek secara mengejut.

5. Selepas meredah jalan yang dinaiki air, elakkan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin dimasuki air, begitu juga dengan penunggang motosikal dan pejalan kaki yang akan terkena tempias atau percikan air.

6. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

3 comments:

  1. Kalau anda di dalam lebuhraya, jangan lupa bawa wang secukupnya untuk membayar tol. Ini kerana tol tetap perlu dibayar walau hujan mahupun panas, ribut mahupun taufan.

    Tak ada duit jangan naik lebuh raya - kata menteri UMNO.

    ReplyDelete
  2. Kalau hujan jangan pasang lampu hazard

    ReplyDelete
  3. PDRM masih adakah gambar kereta peronda era 70an. Ikhsan PDRM amat saya hargai.
    Drp
    Mohd
    email: dundee940ad@gmail.com

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa