Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) mengutuk keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung akhbar mingguan, The Heat.

Presiden NUJ Chin Sung Chew (bawah) berkata hal itu tidak sepatutnya berlaku kepada media yang hanya menjalankan tugas kepada negara.

NONE"Media itu sendiri hanya memainkan peranan dalam memantau segala salah laku kerajaan yang memerintah. 

"Kita mesti memberi orang ramai akses kepada informasi sebegitu kerana mereka berhak, dan ia berkaitan kepentingan awam," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini. 

Ching turut berkata tindakan penggantungan oleh pentadbiran Najib ini sebagai langkah kurang bijak.

"Dengan ranking kebebasan media seperti yang dilaporkan Reporters Without Borders di tempat ke-145 pada 2013, tidak bijak untuk kerajaan mengambil tindakan sebegini ke atas media," kata beliau.

NUJ dianggotai kira-kira 1,500 wartawan pelbagai media cetak di Semenanjung Malaysia dan menjadi perkumpulan petugas media terbesar di negara ini.

Pilihan politik, kata CIJ

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Masjalizah Hamzah (bawah) berkata penggangtungan tersebut menunjukkan pentadbiran Najib tidak serius untuk menambah baik kebebasan bersuara.

klcc book reading 270113 masjalizah hamzah"The Heat ialah mingguan baru. Ia masih cuba mencipta nama. Dalam soal itu, penggantungan ini tidak memberi impak segera kepada orang awam. Mereka (Orang awam) tidak akan merasainya.

"Tetapi mereka yang menyokong kebebasan media dan para wartawan akan merasainya. Jika ia boleh berlaku kepada The Heat, ia boleh berlaku kepada yang lain, kecuali mungkin Utusan Malaysia," kata beliau.

Satu lagi keputusan penting penggantungan itu, menurut Masjalizah ialah ia menunjukkan betapa kecilnya perubahan hasil dari pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Akta itu dipinda pada tahun lalu untuk membenarkan pemilik akhbar mencabar keputusan menteri dalam negeri dalam menarik lesen serta menghapuskan keperluan untuk memperbaharui lesen setiap tahun.

NONE"The Heat boleh cuba guna undang-undang untuk cabar, dan akan ambil masa berbulan-bulan. Sehingga itu, kerosakan telah pun berlaku, dari segi kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Natijahnya, kerajaan masih berkuasa," kata Masjalizah, seorang bekas wartawan yang kini menjadi aktivis.

Beliau berkata langkah betul ke hadapan, jika kerajaan benar-benar serius mengenai kebebasan media, ialah menarik kembali PPPA.

"Kerajaan telah memperlihatkan mereka melaksanakan kuasa akta tersebut secara terpilih. Ia bukan sebab 'ramuan' dalam artikel terlibat - adakah ia adil dan berdasarkan fakta - tetapi hanya pilihan politik.

"Banyak artikel oleh dari Utusan yang tidak memenuhi syarat-syarat ini tapi dibenarkan sesuka hati," kata beliau.