Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 4, 2013

Kalau Dah Gila Talak, Dikenyitkan Mata Pun Dah Tak Lena Tidur!

Bukan setakat ingat selamat Cikgu Pa weh.......
Mereka  dah ingat bila PAS sanggup muzakarah, PAS dah sanggup hidup sebumbung!
Itulah dia bila jejaka perasan

Umno anggap mereka selamat jika bersama PAS

Umno akan sentiasa menganggap tawaran muzakarah dari PAS sebagai usaha untuk bersama dengan parti itu, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata, Umno tahu ia akan selamat jika PAS bersama mereka menyebabkan parti itu sentiasa mengeluarkan kenyataan menuju ke arah PAS itu setiap kali pemimpin PAS berkata mereka bersedia untuk muzakarah.
"Cadangan PAS untuk sedia bermuzakarah dengan Umno bukan bermakna mahu bergabung dengan Umno," katanya pada satu majlis malam tadi.
"Muzakarah yang dimaksudkan oleh presiden adalah untuk berbincang isu berkaitan kepentingan Islam dan Melayu serta negara. Itu maksudnya, bukan mahu bersama Umno dan meninggalkan Pakatan," katanya.
Katanya, muzakarah yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa makna yang luas, dan bukannya bermaksud mahu bersama Umno.
Bagi veteran PAS itu, Umno akan sentiasa bangkitkan kononnya PAS ditindas oleh DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk mengelirukan penyokongnya.
"DAP dan PKR tidak tindas PAS, Umno yang tindas PAS," katanya sambil memberikan contoh bagaimana penyokong PAS dinafikan subsidi.
Presiden PAS ketika ucapan penggulungannya sempena Muktamar Tahunan ke-59 lalu berkata, PAS sedia bekerjasama dengan Umno bagi kepentingan umat Islam di negara ini.
"PAS bersedia untuk muzakarah dengan Umno dalam isu pelaksanaan Islam.
"Insya-Allah, ulama kita akan turun. Kita ramai ahli, nak yang tua atau muda pun ada," katanya.
Abdul Hadi berkata, mereka turut boleh berbincang dalam aspek ekonomi dan pertahanan.
"Nak bincang pasal ekonomi pun boleh. Keselamatan pun ada. Kita ada pelbagai kalangan, bersatu di atas bahtera Islam.
"Kalau seluruh masyarakat majmuk, tanggungjawab kita selamatkan Melayu, Cina, India dan Islam. Selamatkan harta dan negara dengan Islam. Tegakkan Islam. Letakkan Islam di hadapan," katanya. – 4 Disember, 2013. - sumber

6 comments:

  1. UMNO hanya suka buat wayang sahaja, jangan percaya bulat-bulat

    ReplyDelete
  2. Isunya bukan setakat berbahasa, menyindir.... Isu perpaduan islam adalah perintah Allah, sesiapa yang menghindar, melarang dan menolak, maka laknat Allah akan diterima.... Disini kita melekehkan perintah Allah, diakhirat kita menyesal seribu tahun... Isunya bukan gurauan, taknak bersatu sesama islam dijadikan bahan jenaka? Menelan dan mencerna semua arahan DAP dan anwar?... Bukan mereka yang akan memberi syafaat di akhirat, Rasullulah pembawa obor keamanan, perpaduan yang akan memberi syafaat.... Beringatlah admin dan penyokong pas, lawak jenaka dan lawak sesat para pemimpin kalian bakan membawa bencana.

    ReplyDelete
  3. Anon 11:15 PM

    Tahun berapakah anda lahir?
    Tahu tak kenapa saya katakan 'Gila Talak"?

    Anda tahu tak sejarah penubuhan BN?

    Tak pernahkah Rasulallah bersahabat dan membuat perjanjian dengan kaum kafir?

    Islamkah anda bila menuduh tanpa mengikut syarat tuduh mengikut hukum?

    Pernah tak anda tahu hadith yang bermaksud 'Adalah haram dipatut ular yang sama dari lubang yang sama'?

    ReplyDelete
  4. Anon 6:45 PM

    UMNO sudah pun mendapat mileage dari isu ini dari 'Melayu'

    ReplyDelete
  5. Layak kah seorang "pelakon" seperti Mustafa Ali untuk menasihati orang ramai yang lebih bersih dan suci? fikir2kan lah.

    ReplyDelete
  6. Anon 4:29PM
    Kenapa pula tak disebutkan RTC sebagai contoh? Dijadikan pengerusi pula mengetuai satu agensi, minta dihuraikan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa