Fuziah harus bertaubat, kata Bung Mokhtar
Saya mintak Fuziah bertaubat kepada Allah S.W.T kalau dia orang Islam sebab dia main politik murahan supaya rakyat simpati dia.
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Mokhtar Raden menggesa Ahli Parlimen (MP) Kuantan Fuziah Salleh untuk bertaubat kepada Allah S.W.T jika beliau orang Islam kerana sekali lagi berbohong dalam Dewan Rakyat.
Menurutnya lagi, tidak timbul isu beliau harus meminta maaf kerana telah jelas dalam Dewan Rakyat bahawa beliau mempersoalkan keikhlasan Fuziah dalam membawa usul pengisytiharan darurat ekoran bencana banjir yang melanda bandar itu.
“Sebelum ini dia bantah Lynas dia sanggup di Kuantan berminggu-minggu buat demonstrasi tapi apabila rakyat berhadapan musibah, dia bawak dalam Dewan Rakyat usul tersebut.
“Seharusnya dia tak berada di Dewan Rakyat dan pergi ke kawasan seperti (yang dilakukan) Yang Berhormat Paya Besar. Soalan dia (dalam Dewan Rakyat) nombor satu tetapi dia tinggalkan soalan dia dan terus ke Kuantan,” katanya kepada wartawan di luar Dewan Merdeka, Pusat Dangan Dunia Putra (PWTC).
Menurutnya, Fuziahlah yang harus memohon maaf kepada rakyat Kuantan kerana bermain ‘politik murahan’.
“Saya mintak Fuziah bertaubat kepada Allah S.W.T kalau dia orang Islam sebab dia main politik murahan supaya rakyat simpati dia. Rakyat dia, dia boleh bohong tapi dia tak boleh bohong dengan saya,” tegas beliau.
Tambahnya lagi, beliau sendiri sebagai Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah mengarahkan agensi tersebut menghantarkan bantuan makanan kepada mangsa banjir sehari sebelum Fuziah membawa usul tersebut dalam Dewan Rakyat.
“Ini bermakna saya betul-betul komitmen tinggi ke arah musibah rakyat bukan macam dia,” jelasnya lagi.
Saya boleh aim ucapan dia bila2 sebab dia dah dua kali bohong dalam dewan. Pertama usul potong gaji sebab dia kata Hasbi? jadi Penasihat Ekonomi Sarawak sedangkan Hasbi Pengerusi LPKP.
Menurutnya, beliau tidak kisah dihentam oleh cybertroopers Pakatan Rakyat mengenai isu ini.
“Saya bukan macam wakil rakyat yang lain. Saya tak peduli….mereka jahat, kita jahat,” kata beliau.
Semalam, PAS Pahang, seperti dilaporkan oleh portal Harakahdaily.net, menggesa Bung Mokhtar untuk meminta maaf secara terbuka kepada penduduk Kuantan kerana tindakan Bung Mokhtar dalam Dewan Rakyat seperti mempersendakan usul pengistiharan darurat yang disifatkan sebagai satu penghinaan kepada penduduk Kuantan.
PAS Pahang turut menggesa Bung Mokhtar untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana perbuatannya itu.
Dalam masa yang sama Bung Mokhtar mengingatkan PAS untuk tidak bersekongkol dengan penipuan.
“Jangan bersekongkol dengan penipuan, patut la parti mereka tak menang-menang,” tambahnya lagi.
Inilah sebenarnya binatang buas, cuba mengalih isu. Fuziah mewakili rakyat tanpa mengira fahaman politik hanya minta bantuan dari pihak yg berkuasa, tapi binatang inilah yg mempolitikkan isu tersebut. Kenapa tidak beri kerjasama ataupun diam sahaja, ohh baru teringat binatang mana tahu berfikir, menyondol aja yg boleh dibuatnya. Sama juga dan spiker dan regim BN yg lain, langsung tak boleh pkai.
ReplyDelete