Kenapa Mahathir lepaskan Petronas tapi Proton tidak?
KUALA LUMPUR: Ramai yang bingung, kenapa Mahathir boleh kekal sebagai Penasihat Proton tetapi melepaskan jawatan itu di Petronas.
"Saya hanya letak jawatan dalam Petronas. Proton bukan milik kerajaan, ia milik DRB-Hicom Berhad. Saya akan teruskan perjuangan saya bersama Proton," jelas bekas Perdana Menteri itu.
Bagi blogger Shahbudin Husin, keadaan itu menampakkan seolah-olah beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang jawatan dalam kerajaan tetapi akan terus berjuang bersama Proton.
“Maknanya, tidaklah beliau hanya akan berehat dan lebih banyak tidur saja selepas ini,” tulis beliau di dalam blognya, sebagaimana di bawah.
Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sudah sah mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas. Namun tindakannya berbuat demikian dengan menulis surat kepada Najib hanya beberapa hari menjelang Perhimpunan Agung UMNO, menimbulkan sedikit tanda-tanya walaupun diketahui umum beliau kini sudah berusia 88 tahun dan baru saja menerima rawatan di Institut Jantung Negara.
Ramai yang bimbang jika tindakannya mahu meletakkan jawatan secara tiba-tiba kerana ada tujuan lain atau sebagai luahan rasa tidak puas hatinya yang semakin membesar terhadap kepimpinan Najib. Takkan tiba-tiba "burung tempua bersarang rendah", begitu reaksi banyak pihak mengenainya.
Dalam masa yang sama pengunduran Mahathir ini juga menimbulkan persoalan tentang siapakah pengganti yang akan mengambil alih tempatnya. Jawatan sebagai Penasihat Petronas biasanya diberikan kepada bekas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa dan sumbangannya kepada negara.
Sebelum Mahathir, jawatan itu pernah disandang oleh Hussein Onn. Apakah dengan pengunduran Mahathir ini, Najib akan melantik Pak Lah pula ke jawatan itu? Atau tokoh-tokoh lain seperti Tengku Razaleigh dan Daim Zainuddin turut dalam pertimbangan Perdana Menteri untuk diberikan jawatan tersebut?
Mahathir sendiri ketika bercakap kepada pemberita semalam berkata, pengundurannya adalah kerana beliau sudah tua dan perlu banyak berehat.
Beliau juga dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya agar mengurangkan aktiviti dan tidak terlalu aktif, sementara perjalanan ke luar negara pula hanya boleh dilakukan sekali saja dalam sebulan.
"Saya perlu lebih rehat dan banyak tidur," kata Mahathir lagi.
Walaupun faktor kesihatan dan perlu banyak berehat ini dapat diterima sebagai alasan pengundurannya, tetapi kesangsian tetap ada kerana jawatan sebagai penasihat itu bukanlah tugas sepenuh masa yang memerlukannya menguruskan perjalanan Petronas, pergi ke pejabat setiap hari atau menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting.
Kedudukannya sebagai Penasihat Petronas hanyalah kerana jasa dan kedudukannya ssbagai bekas Perdana Menteri. Beliau tidak perlu ke pejabat setiap hari dan jika hanya tidur di rumah saja pun, tiada siapa yang akan marah atau menegurnya.
Jadi, kenapa perlu meletakkan jawatan?
Dalam masa yang sama juga, sebagaimana yang dipetik daripada laporan Berita Harian, Mahathir memberitahu, beliau hanya meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas saja tetapi akan kekal sebagai Penasihat Proton.
Ramai juga bingung, boleh pula beliau kekal sebagai Penasihat Proton. Apakah bezanya Petronas dengan Proton?
"Saya hanya letak jawatan dalam Petronas. Proton bukan milik kerajaan, ia milik DRB-Hicom Berhad. Saya akan teruskan perjuangan saya bersama Proton," jelasnya.
Keadaan ini menampakkan seolah-olah beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang jawatan dalam kerajaan tetapi akan terus berjuang bersama Proton.
Maknanya, tidaklah beliau hanya akan berehat dan lebih banyak tidur saja selepas ini.
Malahan, semalam juga, ketika bercakap mengenai rasuah yang didakwanya masih berkembang dalam UMNO dan juga kerajaan, Mahathir juga berkata, beliau ada idea untuk membendung rasuah dalam UMNO dan juga kerajaan dan akan mencari platform untuk menjelaskan idea tersebut.
Maknanya juga, beliau akan lebih sibuk bercakap mengenai rasuah selepas mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas ini. Bahkan mungkin juga lebih aktif, lebih aktiviti dan lebih banyak bergerak berbanding sebelum ini.
Namun demikian, apa pun alasan mengenai pengunduran Mahathir ini, persepsi orang ramai, terutama ahli UMNO terhadapnya serta kemungkinan yang bakal berlaku selepas ini, rata-rata mengharapkan beliau terus sihat, cergas dan panjang umurnya. - Harakahdaily
Ehh.. Baghu nak sedaq dighi tu dah tua, awat kemaghin masih muda lagi ka? Awat lekaih sangat dalam saghi dua tiba-tiba sedaq, dah jadi tua. Kalenda mana hang dok pakai sampai bulih jadi lagu tu? Hang patut pakai kalenda tahun cahaya, baghu sekitaq 21 tahun ja, muda lela bulih tanding pemuda dua tahun lagi. Pi la tengok ceghemin tengok betui-betui, hang tu sebenaqnya muda lagi, tok sah la buat kalut sangat eh.
ReplyDeleteAbe,
ReplyDeleteTugas TDM dah selesai. Mokhzani dah dapat pelbagai kontrak jangka panjang. Sekarang ni syarikat mokhzani dah teguh dan boleh bergerak sendiri di pasaran antarabangsa.
Cuma proton je yang dia dok risau. Pertama proton adalah idea dia. Dia perlu berada disitu agar dapat memastikan proton terus boleh hidup dengan pelbagai keistimewaan dari kerajaan. Dia perlu memastikan segala dasar yang dia buat untuk memastikan proton boleh hidup tidak diusik oleh Najib.
Bercakap pasal Najib ni dia sedang pening kepala pasal kewa gan negara. Duit negara dia dah bazirkan untuk membeli undi sebelum PRU 13. Sekarang ni dok garu kepala mana nak cekau...
Tu pasai la harga RON95/diesel dinaikkan walaupun trend harga minyak dunia menurun. Tu pasailah gula dan gandum naik. Tu pasailah cukai pintu dikl mengila naiknya. Terbaru ialah kenaikan tarif elektrik dikata TNB mencatat keuntungan tertinggi dan dikala permintaan sedang tinggi.
Dalam nak cekau duit ni, Najib terlalu obses nak m3ngurangkan subsidi dengan menaikkan p3lbagai b3nda. Dia tahu siri-siri k3naikan ini sememangnya m3mbebankan rakyat. Kalau tidak dia tak s3but pasal nak bagi bantuan kepada golongan rendah.
Terfikir saya, usaha pengurangan p3lbagai subsidi ni macam m3nunjukkan satu trend terdesak walaupun rakyat sedang terhimpit. Bila dikurangkan subsidi,kita dah tak dengar lagi bahawa p3njimatan itu akan disalurkan kemana-mana sektor khusus.
Semacam je nampak trend mengurangkan subsidi sekarang...s3kali nampak macam nak buat p3njimatan atas kertas je, ia itu mengurangkan jumlah subsidi serendah mungkin atas kertas sbb duit dah xde, tak cukup nak cover semua benda...
Sekadar p3ngamatan setelah meneliti pelbagai subsidi telah dikurangkan secara drastik sedangkan keadaan pasaran adalah s3balik. Ini yang kita perlu risau.
bat8
ReplyDeleteBetul tu. Sebenarnya semasa dia berkuasa pun dia pulun tak habis makan sehingga cucu cicit.
Mungkin baru tersedar dah tua dan ajal makin dekat kot?