Tuntut tunggakan gaji RM64,353
Muthu menunjukkan salinan surat aduan dan rayuan dihantarnya kepada Karpal Singh yang masih belum mendapat maklum balas
Beliau berkata, sekiranya wakil rakyat berkenaan masih tidak mengendahkan tuntutannya itu dalam tempoh tersebut, laporan polis akan dibuat malah satu pendedahan besar berkaitan individu itu juga akan dibongkarnya.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai pendedahan bakal dilakukannya itu.
Muthu berkata, bermula September 2010 hingga Mac 2013, gaji yang sepatutnya dibayar kepadanya adalah RM2,000 sebulan ditambah dengan bil lain yang menjangkau lebih RM4,000.
“Saya terpaksa menggunakan hampir separuh wang pencen untuk menjelaskan segala bil atau ketika turun padang menyelesaikan masalah rakyat.
“Sepatutnya beliau faham, saya pun ada keluarga untuk dijaga, bagaimana untuk menampung hidup dengan separuh pencen. Anak bongsu saya juga masih bersekolah ketika itu,” katanya.
Jelasnya, surat aduan dan rayuan dihantar kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenainya namun tiada maklum balas hingga hari ini.
“Saya harap beliau dapat menjelaskan tunggakan gaji dalam tempoh ditetapkan. Jangan paksa saya untuk membongkar rahsia beliau, sekali gus akan menjejaskan nama baik partinya,” katanya.
Sebelum ini, perbalahan antara kedua-dua individu itu timbul apabila Muthu mendakwa dirinya dihalang daripada terus membantu mentadbir urusan pejabat setelah 30 bulan berkhidmat sebagai penyelaras.
Bagaimanapun Kulasegaran dalam kenyataannya berkata, tiada sebarang pelantikan dibuat dan kerja dilakukan Muthu sebelum ini adalah secara sukarela.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa