Yingluck bubar Parlimen Thailand, umum PRU
BANGKOK - THAILAND. Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya di negara ini bagi menenangkan krisis politik di negara itu yang semakin parah.
Yingluck membuat pengumuman itu di depan beribu penunjuk perasaan antikerajaan yang akan berarak melalui Bangkok bagi "protes terakhir" menentang kerajaan itu.
Beliau berkata, pilihan raya baru akan diadakan mengikut demokrasi, tanpa menetapkan tarikhnya.
Pengumuman itu juga dibuat ekoran peletakan jawatan oleh parti pembangkang utama di negara itu pada Ahad bagi membantah kerajaan yang tidak sah dan tidak mampu lagi untuk bekerja. - sumber
Wawh! Respek betul dgn PM Thai ini, seorang wanita dgn keberanian lelaki. Dia tidak cuba untuk melengah-lengahkan PRU di negaranya. Tapi PM kita semasa untuk membuat pembubaran, sehingga hampir habis tempoh penggal.
ReplyDelete