2013/12/08 - 23:12:11 PM
Beliau berkata, seramai 115 anggota terdiri daripada tentera, polis marin, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri terbabit dalam operasi itu.
"Kita sudah memohon unit udara bagi membantu mencari mangsa, namun berikutan keadaan sudah malam ia tidak dapat dilakukan.
"Saya percaya semua mangsa masih selamat dan gerakan mencari akan diteruskan sebaik saja siang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Salehhudin berkata, pihaknya menerima maklumat sepasukan anggota komando dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) di Kem Sungai Udang menjalani latihan mendayung menuju ke Pulau Nangka.
"Dalam masa latihan itu iaitu kira-kira jam 9.30 malam, lima bot dinaiki mereka dipukul ombak akibat ribut.
"Ketika kejadian ini, satu daripada lima bot terbabit dipercayai hilang dan masih belum dijumpai hingga sekarang,"katanya.
Beliau berkata, semua anggota kumpulan yang menjalani latihan itu terdiri daripada seorang pegawai dan 45 anggota.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa