Rais: Ustaz Kazim tolak MT, pencadang kena jawab
SHAH ALAM - Isu penolakan pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias atas pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno turut mendapat respons daripada bekas pemimpin kanan Umno.
Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan pelantikan MT ke atas bukan ahli adalah salah di sisi peraturan parti.
“Ustaz Kazim tolak menjadi ahli MT, yang cadangkan beliau itu kenalah jawab.
“Kenapa tak buat kaji selidik dahulu? Terus-terus menjadi ahli MT salah di sisi peraturan,” katanya yang dipetik dari laman mikro Twitter, malam tadi.
Dalam kemas kini berikutnya, beliau meminta Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya terus memformulakan kuasa politik Melayu masa depan.
Ustaz Kazim mengumumkan menolak pelantikan tersebut kerana mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan perpaduan umat Islam negara ini.
Beliau berterima kasih atas tawaran Presiden Umno itu namun tetap dengan keputusan untuk tidak menerimanya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa