Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 1, 2013

"Tolak tidak, terima pun tidak" - Apa Ker Benda Nih?

Nak ker dianggap mensia-siakan kepercayaan Najib?

MT Umno: Terima tidak, tolak pun tidak



KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias akan bertemu presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat bagi membincangkan pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi untuk parti itu.

Beliau menegaskan sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan berhubung jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan berharap tidak timbul lagi sebarang spekulasi berhubung isu tersebut.

'Buat masa ini, saya masih berfikir sama ada untuk menerima atau sebaliknya pelantikan tersebut, tunggu lepas saya buat solat istikharah dulu.

"Tolak tidak, terima pun tidak. Saya nak jumpa dulu presiden dulu. Saya juga ada syarat-syarat saya sebelum boleh nak bersetuju," katanya kepada media pada ceramah Hijrah anjuran Pemuda Umno Setiawangsa, si sini semalam.

Katanya, pertemuan sudah dalam perancangan dan berharap perkara itu dapat diselesaikan segera.

"Terus terang, saya sangat terkejut apabila nama saya diumumkan sedangkan saya belum isi borang lagi (menjadi ahli).

"Saya bukan siapa-siapa hingga diangkat sebegini  tinggi. Tapi, mungkin beliau (Najib) ada alasan tersendiri, kerana itu pentingnya untuk kami bertemu," katanya.

Beliau berkata, jika Umno benar-benar mahu melantiknya, parti itu bersedia jika ditegur demi masa depan parti itu.

"Saya tegaskan, saya bukan mahu projek, jawatan atau apa sahaja dalam Umno. Saya ingin kehidupan saya seperti biasa, tanpa ada apa-apa label di baju saya sewaktu berceramah.

"Saya mahu jadi pendakwah bebas seperti hari ini yang boleh hadir di mana-mana dan mempunyai kawan daripada pelbagai latar belakang tidak mengira warna bendera (parti)," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keahliannya dalam Pas, Ustaz Kazim berkata, perkara itu di luar pengetahuannya.

"Jika benar saya masih ahli, mengapa saya tidak dilayan sepertimana ahli lain.

"Saya juga sudah lama tidak hadir ke mesyuarat dan pernah saya diberitahu, saya bukan lagi ahli Pas," katanya.

2 comments:

  1. Ya! Allah dalam Parti Perjuangan Islam nie kita sebagai ahli bukan minta dilayan tetapi menyumbang dan berjuang untuk Islam.....
    Kalau nak minta dilayan memang Parti Sekularlah tempatnya wahai Ust Kazim Elias hoi......
    Patut le koma sana idak sini idak rupanya dah nak lari dari jemaah.....
    Hati kecilmu tentu tak akan menipu kamu wahai Ust.....
    Nak istikharah utk bersengkokol dgn puak sekular tak payah lah Ust hoi.....
    Ayat Al Quran dan Hadis Rasulullah saw jelas dah.....

    ReplyDelete
  2. Manusia yg celik dan tinggi pendidikan Iskam hingga digelar Al-Hafiz masih tidak tahu nak memilih yg benar atau yg jahil. Ini kan kami yg serba kekurangan dari Utz. Bagaimana utz nak membimbing kami semua jika diri utz sendiri pun tak terbimbing.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa