Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 8, 2013

“Tsunami Melayu” : Aku Pun Tak Percaya!

Selagi Melayu yang berotak layu masih wujud
Selagi Melayu yang sebaya aku atau yang lebih tua dari aku masih ada
Selagi Melayu senang diugut dan digula-gulakan
Selagi Melayu takutkan hantu
Selagi itu Tsunami Melayu tidak akan berlaku
Nak kata mustahil macam S/U Umno kata tu aku tak beranilah
Sebab kuasa Allah tu 'Kun fayakuun'

Mustahil “Tsunami Melayu” berlaku, kata Tengku Adnan
OLEH YISWAREE PALANSAMY
DECEMBER 08, 2013

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) hari ini menolak amaran akhbar milik parti itu Utusan Malaysia hari ini berkenaan kemungkinan berlakunya “Tsunami Melayu” dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Katanya kehilangan “Tsunami Cina” dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 tidak akan berlaku kepada kaum Melayu dan Umno akan menambah lebih banyak kerusi dalam PRU14.
“Tsunami Cina berlaku kerana Parti Kelentong Rakyat. Mereka mengelirukan mereka (komuniti Cina) sehingga berfikir (PKR) boleh menjadi kerajaan.
“Ia tak akan berlaku,” katanya.“Lihat apa yang terjadi kepada Umno. Kami menambah kerusi daripada 79 kepada 88 dan saya percaya kita akan menambah kerusi kerana rakyat tahu siapa yang boleh mereka harapkan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur selepas merasmikan pejabat baharu Umno Batu.
Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat berkata PAS dan PKR akan mengubah strategi untuk lebih memperjuangkan Melayu selepas ini bagi menyaingi Umno dalam mendapatkan sokongan kaum majoriti itu.
Katanya, selepas kejutan "Tsunami Cina" pada PRU13 sebagaimana disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menjatuhkan kerajaan, strategi kini tertumpu untuk mewujudkan “Tsunami Melayu” pada PRU14.
“Awang percaya PAS dan PKR akan mengubah strategi untuk lebih perjuangkan Melayu bagi menyaingi Umno mendapatkan sokongan majoriti.
“Selepas kejutan 'Tsunami Cina' pada PRU13 gagal menjatuhkan kerajaan, strategi kini tertumpu untuk mewujudkan 'Tsunami Melayu' pada PRU14,” katanya seperti dilapor akhbar milik Umno itu edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.
Awang turut mengingatkan barisan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno agar jangan lupa diri dan dasar perjuangan parti.
Katanya, ahli MT akan dipertanggungjawabkan jika Umno gagal mempertahankan kuasa politiknya semasa PRU14 kelak.
“Barisan MT jangan terlupa diri dan perjuangan. Merekalah yang akan dipertanggungjawabkan jika Umno gagal mempertahan kuasa politik Melayu selepas ini.
“Waspadalah. Walaupun Umno kuat ia tidaklah kebal. Berjihadlah untuk menjadi parti yang disayangi terutama orang Islam, Melayu dan Bumiputera. Tiada pilihan,” katanya.
Najib sebaik sahaja mendapat majoriti mudah semasa PRU13 lalu tidak menyangka “Tsunami Cina” menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.

Beliau turut menyalahkan pembangkang di atas tsunami berikut, mengatakan sentimen kaum dimainkan untuk memenangi undi etnik kedua terbesar itu. – 8 Disember, 2013.

1 comment:

  1. Abe,

    Tsunami melayu berkemungkinan besar berlaku jika kita t3ngok cara Najib sedang kelemasan cuba mencari duit kerana duit dah tak ada.

    Mungkin ramai tidak perasan apa yang sedang berlaku s3karang. Najib sekarang sedang menekan rakyat untuk mendapatkan wang kerana dia sudah tidak mempunyai banyak pilihan lain untuk mendapat duit. Selama ini dia meminjam dari sumber dalam negeri.

    Inilah rahsia disebalik kenaikan ron95/diesel, gula,gandum, tarif letrik dan p3lbagai kenaikan lagi yang akan dibuat. Kesemua k3naikan-kenaikan ini tak masuk akal kerana keadaan pasaran dunia sedang menunjukkan trend menurun. Begitu juga dengan tarif letrik. TNB untung besar RM 4.61 billion dan trend bisness TNB s3makin bagus kerana permintaan semakin meningkat.

    TNB adalah public list3d company. Ada pemegang sahamnya.Mintalah kat depa,bukan kita kerana setiap tahun mereka yang mendapat dividen dari keu tungan bukan kita.

    Abe perhatilah trend ini. Pasti akan nampak permainan Najib s3karang. PAU baru ni pun adalah wayang untuk tutup kesusahan demi kesusahan yang akan m3nimpa rakyat akibat tindakan desperado Najib ni.

    Kita k3na ingat l3bih separuh atau 11 juta orang melayu m3mpunyai p3ndapatan RM 1,500 atau kurang s3bulan. Bayangkan bagaimana terhimpitnya mereka apabila k3semua kenaikan-kenaikan yang Najib eok rancang dilaksana sep3nuhnya.

    Kenaikan-kenaikan ini adalah kenaikan s3belum GST. Apabila GST dilaksanakan, sekali lagi k3naikan akan berlaku kerana kos untuk melasankan GST ol3h pihak peng3luar barangan akan dik3nakan kepada pengguna seperti kita.Tahun pertama dah pasti kerana mengikut kajian yang dibuat keatas n3gara-n3gara yang mula m3laksanakan GST.

    Apabila t3kanan dirasai ol3h orang m3layu, s3telah m3rasai sendiri bagaimana peritnya nak hidup- k3mungkinan tsunami m3layu akan berlaku. Apatah lagi hampir separuh orang melayu te4ok s3karang

    bat8

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa