Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 28, 2014

Alfatihah: Sidik Hussain Kembali Ke Rahmatullah

Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia
PETALING JAYA: Setelah sekian lama menderita akibat ketumbuhan sehingga menjadi kanser pada pipinya, pelakon Sidek Hussain, 63, akhirnya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 11.55 malam Ahad.

Sidek dimasukkan ke HKL pada 22 April lalu apabila keadaan kansernya semakin serius pada tahap empat sehingga komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Sebiah Sulaiman, 61.

Sidek yang banyak berlakon dalam drama-drama televisyen tempatan sebelum ini pernah menerima rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh dekat sini tetapi pihak doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana ia berisiko  tinggi.
Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru. - Mstar

1 comment:

  1. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya serta ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa