Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 28, 2014

Ini Sudah Bagus Abe Din Tapi Tengok Mimik Muka Cina Harbi Sebelah Tu.....

'Umno mahu kerjasama dengan PAS terang hudud'
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno ingin bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.   
    
Tetapi yang penting, kata beliau, adalah duduk semeja untuk berbincang sebelum PAS bertindak membawa usul hudud ke Parlimen.  
    
Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam.
    
Mohd Amar memberi reaksi positif, kata Muhyiddin.  
    
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Pengurusan Pendidikan: Kepimpinan Berprestij Tinggi, di Bahagian Teknologi Pendidikan di Kota Bharu.  
    
Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Noor Zahidi Omar, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang, dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.
    
Ditanya sama ada Umno akan menyokong PAS dalam perkara hudud itu, Muhyiddin berkata ketika ini tiada siapa pun berhak membuat andaian sama ada menyokong atau tidak kerana apa yang bakal berlaku itu adalah perkara baharu dalam sejarah negara.

(Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum Hudud) di Dewan Rakyat Jun depan bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum hudud di negeri itu).
    
"Tidak boleh buat andaian. Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud...ia membawa banyak makna. Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baharu dalam negara.
    
"Ia perlu diperhalusi dan diteliti dan persoalan kerana khuatir akan berbangkit kemudian. Ada perkara lain yang perlu diselesaikan dahulu sebelum dibawa ke Parlimen," katanya.
    
Muhyiddin berkata hukum hudud itu perlu diperbincangkan secara halus kerana masih ramai yang tidak memahami hudud.  
    
"Saya fikir ada orang Islam yang masih tidak faham dan ini memerlukan penerangan yang meluas dan mendalam.
    
"Orang bukan Islam pun mahu tahu keadaan itu kerana ini sebuah negara yang merdeka dan rakyat lain berhak tahu walaupun dia bukan Islam.
    
"Pasal dia takut kesan kepada pelaksanaan itu akan membawa kesan kepada mereka," katanya.

"Sebab itu kena duduk berbincang dan daripada situ kita akan memperolehi penemuan dan perakuan iaitu situasi sebenar sebelum usul itu dibawa ke Parlimen.
    
"PAS hanya ada 21 wakil di Parlimen. Sebab itu mereka memerlukan sokongan daripada yang lain. Siapa yang mahu sokong...Umno sahaja kah? atau ahli Parlimen Islam yang lain," katanya.
    
Beliau berkata parti sekutu PAS iaitu DAP tidak perlu mempertikaikan keikhlasan Umno untuk berbincang mengenai hudud itu kerana Umno mempunyai pendirian yang perlu diterima.
    
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Umno bercadang mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan.
    
Jawatankuasa itu akan disertai pihak yang arif mengenai hukum hudud termasuk pakar-pakar hukum agama dari luar negara, katanya.

3 comments:

  1. Hudud yg univrsal/azali keadilan nya tentu dihormati ramai

    malangnya hudud yg dipelopori geng geng KONG-KA-LIKONG ug sembunyi2 ddlm gelap dgn setan yg dikenali amat2lah sekali diragui

    puak2 nih juga KONG-KA-LIKONG ddlm khianat tipu auta SANDIWARA ddlm drama komunis dan pilkuda..serta KONG-KA-LIKONG prtindihan krusi!

    isu balak dgn budak umur 21thun dan isu underwear putih xxxl yg terus senyap kebawah karpet adalah bukti KONG-KA-LIKONG seolah2 'double standard' lebih PARIIAH puak2 nih berbanding dgn setan2 yg dah pun dikenali!?

    Hudud itu WAJIB dgn peribadi2 yg 'totaly' PASRAH kpd sbnr2 ROH univrsal INTEGRITY bukan mainan2 bibir setan2 yg dikenali dgn puak2 setan yg berSEMBUNYI!?

    ReplyDelete
  2. Ha ha cari sokongan tak lain nak jatuhkan najib. Dulu sakan dok mengata tok guru dah mintak maaf belum.

    ReplyDelete
  3. undang2 civil pun bukan semua org faham tapi kenapa boleh dilaksanakan?

    ini semua alasan manusia hati syaitan yg tak mahu pada islam.

    nenek, pakcik dan budak2 sekolah rendah kalu tanya undang2 civil di pun tak tau nak cakap apa....boleh je hidup.

    Islam itu indah....laksana saja hudud lepas tu baru la fikir penerimaan sbb bila kerajaan yg baik buat sesuatu yang baik tidak akan ada orang persoalkan

    BN + macai = moRON95

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa