Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 22, 2014

MH370: Mungkin Mendarat Di Satu Lokasi Tertentu - Pasukan penyiasat

Kes MH370: Penyiasat lihat kemungkinan baru

Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi.

Laporan New Straits Times yang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan baru yang sedang diteliti.

Ia memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat, lapor akhbar itu.

Sumber-sumber yang tidak dinyatakan itu juga menyebut, pesawat tersebut juga mungkin terhempas di satu lokasi terpencil.

Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST.

Selain itu, pasukan penyiasat juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan lebih banyak aset dalam pencarian, dan meliputi kawasan lebih luas di Lautan Hindi.

Menurut laporan berkanan, pencarian tersebut mungkin dijalankan di kawasan yang salah.

“Kita mungkin terpaksa berkumpul semula untuk melihat kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh beberapa hari lagi... tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti diteruskan.

“Sangkaan bahawa ia mendarat di satu tempat itu tidak mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.

“Bagaimanapun, kemungkinan bahawa terdapat negara tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara mencarinya nampak tidak masuk akal,” kata sumber tersebut seperti dipetik NST.

Sumber berkenaan turut menimbulkan kesangsian terhadap pengiraan saintifik ke atas data komunikasi satelit – yang memberi kesimpulan bahawa penerbangan tersebut berakhir di Lautan Hindi.

“Satelit komunikasi hanya dimaksudkan untuk komunikasi... namanya itu sendiri menjelaskannya.

"Penyiasat terpaksa mengguna algoritma untuk mengira lokasi terakhir MH370 yang diketahui kerana tiada sistem GPS selepas transponder pesawat dimatikan 45 minit dalam penerbangan,” kenyataan sumber itu dipetik. - sumber

1 comment:

  1. Ramai yg dah berkata kes MH 370 ni Kerajaan Malaysia dah kena kelentong.Takkan nak cari MH370 hingga negara jatuh bankrap? Mula diLaut Cina Selatan,berpindah pulak keSelatan Laut Pasifik sekarang nak cari didarat pulak.Tak serik-serik jena tipu.Hakikatnya,tanya Obama pun dia tak tau sebab ini kerja CIA sebagai mana pandangan risik Soviet.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa