Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 27, 2014

Sudah Tibakah Masanya PAS Memilih Antara Agama Dan Kuasa Politik?

Gesaan Loke minta PAS 'tinggal Pakatan' disokong

Dua ahli Parlimen DAP mempertahankan gesaan Setiausaha Organisasi kebangsaan DAP, Anthony Loke supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat jika ia enggan mematuhi konsensus pakatan dan mahu meneruskan hasratnya untuk melaksanakan hudud.

MP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata walaupun beliau berharap Pakatan Rakyat kekal seperti sekarang, tetapi beliau "memahami dari mana Loke datang".

"Di seluruh dunia, gabungan tidak kekal. Di Jerman di peringkat pusat ada SPD (Parti Sosial Demokratik Jerman) dan CDU (Kesatuan Demokratik Kristian) membentuk sebuah gabungan.

"Tetapi di peringkat negeri, tidak ada gabungan seumpama itu, ia benar-benar berbeza, gabungan boleh dibentuk dengan pihak-pihak lain seperti Green Party.

"Saya rasa kita tidak perlu hanya menumpukan perhatian kepada model BN di mana ia adalah pada dasarnya situasi kekal," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

MP DAP Raub, Ariff Sabri Abdul Aziz  turut menyokong gesaan Loke sekiranya PAS masih tetap mahu melaksanakan hudud di Kelantan melalui rang undang-undang ahli persendirian di sidang Parlimen yang akan datang .

PAS memohon supaya dibuang halangan di peringkat persekutuan untuk membolehkan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan yang sudah wujud dalam bentuk enakmen di peringkat negeri .

Ariff Sabri, dalam blog hari ini menegaskan kewajipannya sebagai seorang Muslim untuk menyokong undang-undang hudud, sambil menjelaskan mengapa beliau membantah rancangan PAS itu.

Pas sedia muzakarah isu hudud
WARTAWAN SINAR HARIAN

KOTA BHARU - Pas menyatakan kesediaannya untuk mengadakan muzakarah dengan semua pihak termasuk Umno untuk membincangkan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tiada masalah mengadakan pertemuan itu bagi membolehkan perbincangan secara mendalam dibuat termasuk menentukan sama ada wakil Pas atau Umno yang bertanggungjawab untuk membentangkan rang undang-undang berkenaan.

“Parlimen ada ‘standing order’ berkait undang-undang persendirian, sama ada Pas kemukakan atau Umno sendiri kemukakan, itu boleh kita bincang, yang penting adalah kewajipan perlu dilaksanakan.

“Soal bila pertemuan itu dibuat, itu kena tanya pihak lain (Umno), tidak akan menjadi (pertemuan) kalau tepuk sebelah tangan,” katanya selepas majlis makan malam mengumpul dana  membina Wisma Ilmuan Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), di sini, malam semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Abdul Hadi mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan parti itu mengambil pendirian sebagaimana ketetapan kerajaan iaitu tidak pernah menolak hukum hudud dan menyokong niat baik Pas.

Bagi tujuan itu, Najib menyatakan Umno sedia mendengar penjelasan Pas berhubung usul mengemukakan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyatakan PKR masih berpendirian menolak pelaksanaan hudud sebagaimana perjanjian Majlis Presiden Pakatan Rakyat 2011, Abdul Hadi berkata, pihaknya tidak pernah membincangkan secara spesifik isu hudud.

“Bagaimanapun kita pernah buat kenyataan bersama yang melibatkan kepimpinan Pakatan Rakyat bahawa itu (hudud) adalah hak Pas yang perlu dihormati kerana agenda tersebut ada sebelum Pakatan Rakyat wujud  lagi,” katanya.

1 comment:

  1. Mr. Anthony dan non muslim siapa yang bikin manusia, langit dan bumi, bulan dan matahari,hujan, haiwan dan tumbohan dan semua di alam ini.Jadi, kita harus ikut undang undang Sang Pencinta iaitu Allah SWT.Baca lah Quran dan faham. Ingat undang undang manusia boleh di jual beli tetapi AllahSWT muktamad.Cuma manusia yang jahat takut hudud.Al Quran adalah dari Allah SWT dan masih asli sejak mula di turunkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa