Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 27, 2014

Tidakkah Malaysia Tersindir?

Di Malaysia
Hilang wilayah (Pedra Branca) tak ada satu manusia pun letak jawatan sama ada pemimpin politik atau pun dari pejabat AG
Hilang Kapal Terbang bersama 239 Penumpang dan crewnya tidak ada sesiapa pun yang lepaskan jawatan
Sedangkan kemalangan feri di Korea menelan korban yang lebih kurang sama dengan MH370

Maknanya di Malaysia tidak ada sesiapa pun di antara pemimpin atau pihak penerbangan yang bertanggung jawab?

PM Korea Selatan letak jawatan

Perdana Menteri Korea Selatan mengumumkan untuk meletak jawatan bagi memikul tanggungjawab ke atas kritikan ke atas kerajaan ekoran tragedi feri karam 16 April lalu yang mengorbankan hampir 300 orang.

Chung Hong-won dalam pengumumannya hari ini berkata ia adalah tindakan terbaik yang boleh dilakukannya – 11 hari selepas tragedi maritim tersebut.

“Perkara yang baik untuk saya lakukan ialah memikul tanggungjawab dan meletak jawatan,” katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita DPA.

Lebih 180 orang disahkan meninggal dunia setakat ini, kebanyakannya pelajar yang menaiki feri tersebut dari Incheon di barat Seoul ke pulau peranginan Jeju untuk lawatan sekolah.

Lebih 110 orang masih belum ditemui sekatat ini.

Kesemua 15 orang kru kanan kapal tersebut didakwa di mahkmah atas tuduhan kecuaian kerana gagal membantu penumpang apabila feri tersebut karam, dua jam selepas membuat panggilan kecemasan. - mk


3 comments:

  1. Muka geng amno mana ada muka baik... Jenis muka tembok xreti nak malu... Kita malu nak berckp dgn rakan rakan dari luar... Depa kat atas sana tu selamba aja... Depan tu jenis muka letak kulit $$$$l

    ReplyDelete
  2. Letak jawatan mknanya x mau ada tanggungjwp...lari dr bebanan. Lepas masalah pd org lain.lg la bangang. Sepatutnya settle dulu masalah baru letak jawatan. Kt malaysia ni buat apa pun org tuding jari....btul pun kna slh lg la kutuk habis...bangang punya pemikiran...

    ReplyDelete
  3. Cara pengurusan yg kita persoalkan, dari hari pertama dan seterusnya sidang media kenyataan yang tidak konsisten. Mereka yang bertanggungjawab tidak menunjukkan kejituan fakta. Jika cerita benar.. Mudah. Jika sebaliknya akan jadi caca marba. Walauapa pun pemimpin yang bijak akan terserlah. Jika sebaliknya akan menambah kemusykilan. Mujurlah dan bertuahlah malaysia kerna masih ramai yang mendoakan kesejahteraan Tanah Melayu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa