Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 24, 2015

Bagaimanakah ini boleh berlaku?

Dengan jawatan sebagai Ketua Penerangan PAS Terengganu,Ahmad Amzad yg usianya dalam PAS lebih kurang 36 bulan sebagai ahli telah MEWAJAHKAN PAS sebagai sebuah parti yg mempunyai DASAR yg silap sebelum ini.

Mengakui kesilapan PAS dalam DASAR pendekatan dengan UMNO secara langsung atau tidak langsung telah menjadikan apa yg diperjuangkan oleh Arwah TGNA selama hidupnya membawa PAS berjuang melawan UMNO adalah satu KESILAPAN BESAR!

Benarlah apa yg pernah disuarakan oleh arwah selaku MURSYIDUL AM ketika itu bahawa golongan yg mencari jalan untuk mendekati UMNO adalah golongan PENGKHIANAT....dan LAYAK diludah oleh beliau. Kini golongan yg setahun jagung dalam PAS mula berpacak silat untuk mengurus tadbir PAS dan membawa halatuju yg JAUH terpesong dari apa yg selama ini diperjuangkan oleh ARWAH TGNA!

Keadaan hari ini juga amat bertepatan dengan apa yg diSUARAKAN oleh Dato' Husam Musa..."PAS BERUBAH ATAU BELIAU YG BERUBAH?"

Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, "langkah itu diambil kerana berpendapat, cara lama yang digunakan sebelum ini tidak sesuai".

Kenyataan beliau dengan jelas mewajahkan pembohongan telah berlaku selama ini apabila KONONNYA Umno didekati tidak dengan tujuan politik tetapi untuk kebaikkan rakyat..........

“Memang betul ada perubahan pendekatan Pas dengan UMNO. Ia konsisten dengan pendekatan pemimpin tertinggi Pas termasuk Presiden dan Mursyidul Am Pas.

“Pendekatan yang merapatkan umat ini akan menggagalkan anasir yang mahu beroleh keuntungan dengan jalan pecah dan perintah,” tegasnya dalam kenyataan media yang dipetik dari portal itu.

Jelasnya lagi, pendekatan baru yang dibuat pucuk pimpinan parti Islam itu lebih terbuka dengan UMNO atas tujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama Islam.

PAS LONI TIDAK SUPO MULO.......TEGUR SIKIT KENA HANTAR KENERAKA SEBAGAI PENGKHIANAT!

SEWAJARNYALAH PARTI AMANAH NEGARA MENGAMBIL ALIH TERAJU PERJUANGAN ARWAH TGNA

Baca lanjut di sini

NYAMUK MENGGIGIT

1 comment:

  1. Berani benar Ahmad Amzad kecek gitu pada ulama tersohor Malaysia ni. Siap mung, nanti kena laknat dengang Wang Rosli.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa