Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 26, 2015

Najib dan Mustapa hina sistem kehakiman negara?

Najib, Mustapa digesa siasat di bawah Akta Hasutan

 | November 26, 2015
MITI seolah-olah memberi gambaran bahawa sistem kehakiman Malaysia kurang kompeten sehingga tidak boleh dipercayai. Ini satu penghinaan terhadap sistem mahkamah kita.
Micheal-Jeyakumar_najib_mustapa-mohamed_tppa_600
KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dianggap sebagai menghina sistem kehakiman negara.
Ini kerana perjanjian perdagangan itu mengandungi peruntukan yang mempunyai kebolehan untuk menyekat bidang kuasa mahkamah sekali gus menghina sistem kehakiman negara dan menjejaskan kedaulatan negara.
Ekoran itu, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Micheal Jeyakumar Devaraj mendakwa kedua-dua Menteri itu perlu disiasat di bawah Akta Hasutan.
“MITI seolah-olah memberi gambaran bahawa sistem kehakiman Malaysia kurang kompeten sehingga tidak boleh dipercayai. Ini satu penghinaan terhadap sistem mahkamah kita,” katanya semasa sidang media selepas membuat laporan polis terhadap Najib dan Mustapa di IPD Sentul pada Khamis.
Beliau yang mewakil Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata, kewajaran di sebalik tuntutan Perdana Menteri dan Mustapa perlu disiasat di bawah Akta Hasutan apabila sebelum ini aktivis pembangkang S.Arutchelvan juga disiasat di bawah akta yang sama kerana mempersoal ketelusan hakim yang mengadili kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bila Arutchelvam mengatakan dakwaan terhadap Anwar tidak adil, beliau dikenakan Akta Hasutan.”
“Akta Hasutan mengatakan sesiapa yang menimbulkan perasaan negatif terhadap kerajaan mereka boleh dikenakan akta tersebut.
“Jika mereka boleh mendakwa Arul, maka menteri juga perlu didakwa di bawah akta itu kerana menteri menyatakan sistem kehakiman kita tidak boleh pakai sama sekali. Ini lebih teruk,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa