Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 30, 2015

Masih tunggu arahan AG: Zaman Gani Patail lagi!

Agak-agak Mashitah terlepas ke?
Bukan saja Mashitah yang tersilap.........Harussani pun pernah terbabas tentang Kristian Melayu di Ipoh!

Lepas 9 bulan, kes 'Cina bakar Quran’ masih tunggu arahan AG

PARLIMEN l Jabatan Peguam Negara (AG) masih belum bertindak walaupun selepas sembilan bulan menerima kertas siasatan polis mengenai dakwaan Ketua Wanita Umno Baling Datuk Mashitah Ibrahim kononnya masyarakat Cina membakar al-Quran dalam upacara keagamaan.
"Siasatan telah dijalankan berikutan laporan polis yang dibuat pada 5 Disember 2014 di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
"Siasatan telah lengkap dan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 5 Februari 2015dan menunggu arahan selanjutnya," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri.
Mashitah boleh dikenakan hukuman maksimum dua tahun hukuman penjara dan denda jika didapati bersalah.
Zahid berkata demikian sebagai menjawab soalan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) dalam jawapan bertulis parlimen pada Khamis lalu.
Gooi dalam soalannya meminta menteri menyatakan apakah keputusan tindakan berlanjutan yang telah diambil oleh pejabat Peguam Negara ke atas kertas siasatan polis yang telah diserahkan kepadanya terhadap kenyataan Mashitah itu.
Pada 26 November 2014, Malaysiakini melaporkan Mashitah pada Perhimpunan Agung Umno mendakwa masyarakat Cina di Kedah membakar al-Quran dalam satu upacara sembahyang mereka.
Beliau dan beberapa perwakilan pada perhimpunan itu menggesa anggota Wanita Umno dan umat Islam tidak menjadi 'majoriti senyap' apabila kewibawaan Islam tercabar.
Beliau mengaku dimaklumkan bahawa terdapat orang bukan Islam di sebuah negeri di utara membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang.
Zahid juga berkata pihak polis memandang serius perkara yang ditakrif sebagai menghasut terutamanya melibatkan sensitiviti perkauman dan agama.

3 comments:

  1. Yang sekor mentekedarah harta anak yatim. Yang sekor ni pulak ada kes mengalih batu sempadan. Binatang jenis ni la yang jadi penjaga agama puak UMNO laknatullah. Kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Nanti peguam negara kata bukti tak cukup,mcm kes ali tinju..
    Mana ada sekor mufti pun berani sound masitah kes dia keluarkan hukum melacur dibenarkan jika terdesak..
    Sapa2 yg berakal di msia ni akan tau pengakhiran sesebuah kes jika melibatkan penjilat tegar umno..

    ReplyDelete
  3. Jangan harap la ada pendakwaan,undang2 kat malaysia kan ada kasta.satu untuk orang biasa dan satu untuk orang berkuasa.tunggu kucing bertanduk tiga baru didakwa.kalau orang biasa buat salah dan kadang2 bukan salah tapi tak menyenangkan orang berkuasa,laju je kena tahan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa