Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 27, 2015

Suspek pembunuh Hussain Najadi : Interpol buru, polis bebaskan

Pascal: Interpol buru suspek pembunuhan, tapi polis bebasnya

Pascal Najadi, anak pengasas Ambank yang mati dibunuh Hussain Najadi mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa Malaysia boleh melepaskan dalang yang disyaki di sebalik pembunuhan jejam bapanya dengan alasan tidak mempunyai bukti yang cukup.
Pascal berkata, suspek itu, Lim Yuen Soo tidak akan berada senarai merah Interpol jika bukti tidak mencukupi.
"Jika anda lihat syarat-syarat untuk meletakkan seseorang di senarai merah Interpol, keperluan untuk sesiapa sahaja berada dalam senarai adalah sangat tinggi.
"Negara yang meminta Interpol mengeluarkan notis merah mesti membuktikan bahawa kertas pertuduhan sudah tersedia dan bahawa hukuman penjara minimum sekurang-kurangnya satu tahun dan perkara-perkara undang-undang lain wajib dipenuhi oleh negara pemohon," kata Pascal kepada Malaysiakini dalam temu bual dari Moscow.
Katanya, Interpol tidak memandang ringan notis merah dangan memberi contoh bagaiamana badan itu menolak permintaan polis Malaysia untuk meletakkan Editor, Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dalam senarai berkenaan kerana ia bermotifkan politik.
Pascal berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Zainuddin Ahmad pada 2 November lalu bahawa polis berjaya mmintas Lim yang telah berada dalam senarai Interpol sejak tahun lalu tetapi kemudian memutuskan untuk membebaskannya.
Zainuddin berkata Lim dilepas selepas tahanan lapan hari kerana kekurangan bukti dan setelah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
Pascal berkata hakikat bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang apa-apa perkembangan yang penting dalam kes bapanya adalah satu "penghinaan".
"Sejak pembunuhan pada tahun 2013, polis Malaysia membuat kenyataan jelas bahawa Lim Yuen Soo adalah dalang yang membayar RM20,000 kepada pembunuh itu," katanya.
Oleh itu, Pascal berkata, ia adalah satu kejutan dan mempersoalkan sama ada keputusan itu dibuat oleh Pejabat Peguam Negara.
Hussain, 76, meninggal dunia, manakala isterinya cedera parah selepas ditembak ketika mereka keluar dari Tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2013.
Lelaki yang melepaskan tembakan itu, Kong Swee Kuan, dijatuhi hukuman mati pada tahun lalu kerana membunuhnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa