Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 25, 2015

Kebangkitan Ketua-Ketua Cawangan menakutkan Najib?

Tuesday, 24 November 2015
KEBANGKITAN KETUA2 CAWANGAN BERJAYA MENAKUTKAN NAJIB
Mesyuarat MT UMNO petang tadi akhirnya memutuskan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal tidak diambil apa-apa tindakan, sebaliknya hanya Ketua Wanita Gopeng, Hamidah Osman yang dipecat atas kesalahan melanggar disiplin parti.

Meskipun Muhyiddin terselamat daripada pemecatan atau penggantungan, kedudukan dan kelazimannya sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri tetap dinafikan, sebaliknya perasmian itu akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.

Persoalannya, apakah keputusan  tidak membenarkan seorang Timbalan Presiden merasmikan mesyuarat sayap-sayap ini hanya untuk tahun ini saja,  suatu keputusan yang kekal selama-lamanya atau selagi Muhyiddin memegang jawatan nombor dua itu sahaja?

Terlihat bahawa keputusan ini dibuat dalam ketakutan dan tidak yakin dengan kekuatan dirinya sendiri, walaupun tidak dinafikan beliau terlalu ingin memecat timbalannya itu.

Setelah memperpecatkan tarikh mesyuarat daripada 27 November kepada 24 November, menukar tempat mesyuarat daripada ibu pejabat UMNO ke Bangunan Parlimen yang diketahui agak ketat kawalan keselamatannya, bahkan sebelum ini Tengku Adnan menyatakan pihaknya sudah letih dengan pemimpin yang selalu memberi kenyataan berbeza dan mengakui siasatan sedang dijalankan, alih-alih yang berani dipecatnya hanyalah Hamidah Osman saja.

Walaupun Muhyiddin dan Shafie tidak hadir mesyuarat kali ini, tetapi Najib tetap tiada keberanian untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap kedua-dua pemimpin yang lantang mengkritiknya itu.

Ketakutan Najib itu tidak lain ialah kerana kebangkitan Ketua-Ketua UMNO cawangan seluruh negara yang sudah mula secara berani menolak kepimpinannya serta mendesaknya agar berundur bagi memberi harapan lebih cerah kepada UMNO dan BN memenangi pilihanraya akan datang.

Bayangkan jika tiada kebangkitan Ketua-Ketua cawangan sejak beberapa hari lalu, apakah mungkin Muhyiddin dan Shafie masih terselamat daripada pemecatan atau penggantungan?

Bermula dengan Teluk Kemang, Sepang, Puchong, 34 cawangan daripada lima negeri bersolidariti di Port Dickson minggu lalu dan malam tadi 108 cawangan daripada 7 bahagian di Johor berbuat demikian, pada 27 November ini pula kira-kira 200 Ketua Cawangan akan mengadakan perhimpunan khas di tempat yang belum ditentukan di Selangor.

Apa yang nyata, arus menolak Najib itu ialah sebagai isyarat bahawa jika Muhyiddin, Shafie dan Tun Mahathir diambil tindakan pemecatan atau penggantungan, lebih ramai lagi Ketua-Ketua Cawangan seluruh negara akan bangkit menyatakan bantahan.

Sekalung tahniah kepada Ketua-Ketua Cawangan UMNO  yang dengan berani menyatakan kebenaran untuk menyelamatkan parti. Teruskanlah perhimpunan pada 27 November ini sebagaimana yang dirancang dan gegarkan lagi kebangkitan yang lebih besar untuk hari-hari seterusnya.

Jika kebangkitan mereka kali ini dapat menghalang Muhyiddin dan Shafie daripada dipecat, jangan lupa matlamat asal mereka yang sebenar ialah untuk menyelamatkan UMNO dan mengelakkannya kalah dalam pilihanraya akan datang.

Ianya tidak lain ialah mendesak pengunduran Najib daripada takhta kuasa.  Hanya UMNO dan BN tanpa Najib akan kelihatan cahaya kemenangan di hujung perjuangan. Matlamat itu, tanpa kompromi harus diusahakan sehingga berjaya. (SH 24/11/2015) - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa