Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 27, 2015

Charles Suresh Morais juga seorang penipu.......

Boleh pakai ke manusia macam ni?
Jenis manusia macam ni.........tak mustahil ada unsur ugutan kerana hendakkan sesuatu yang peribadi

Siapa Charles Suresh Morais?


Sehingga petang semalam, mungkin hanya mereka di kalangan perniagaan yang mengenali Charles Suresh Morais, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat.
Tetapi selepas beliau mendedahkan akuan sumpah berkanun (SD) berhubung kematian abangnya, nama tokoh perniagaan yang berkecimpung dalam industri perhotelan itu menjadi sebutan.
Charles mendakwa ada konspirasi dalam pembunuhan abangnya, bekas Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais, yang dikatakan sedang mengendalikan kertas pertuduhan ke atas perdana menteri dan isterinya.
Tokoh perniagaan yang berpangkalan di Altanta itu juga mendakwa memiliki sebuah pen drive berhubung kes yang dikendalikan abangnya.
Charles mendakwa pen drive itu kini selamat dengan seseorang di Amerika Syarikat, yang telah diberi arahan untuk mendedahkan kandungan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepadanya.
Tinjauan Malaysiakini mendedahkan bahawa Charles adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kronos Hotels and Resorts. Beliau mula membeli hotel-hotel di Amerika Syarikat sejak 1999.
Pada tahun 2007, Bernama melaporkan bahawa rangkaian hotel Charles yang berpangkalan di Atlanta pada Jun 2006, membeli portfolio 16 hotel dengan 3,100 bilik.
Rangkaian itu memiliki 26 hotel di bawah jenamanya dan pada tahun yang sama mengumumkan rancangan untuk mengambil alih 12 lagi hotel di luar Amerika Syarikat termasuk dua hotel di Malaysia.
Antara hotel di bawah rangkaian Kronos termasuk Crowne Plaza, Holiday Inn, Wyndham Hotels and Resorts and Choice Hotels International.
Perintah ekstradisi
Walau bagaimanapun, ia dilanda masalah kewangan pada tahun 2008.
Satu laporan oleh akhbar St Louis Post pada tahun 2008 menyatakan Morais ditangkap oleh polis pada bulan Ogos dan menghadapi perintah ekstradisi ke Arkansas kerana penipuan berhubung ‘cek tendang’.
Sebulan kemudian, perbicaraan ekstradisi diadakan dan menurut pejabat sheriff, beliau berjaya menyelesaikan dakwaan itu dengan pejabat peguam negara Pope County.
Di seluruh Amerika Syarikat, beberapa hotel Kronos menghadapi pelbagai tuduhan daripada kerajaan tempatan kerana tidak membayar cukai bilik tidur dan berhubung cek gaji pekerja yang ‘tendang’.
Tiga tahun kemudian, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa Charles telah kehilangan 11 hartanahnya kerana kegagalan membuat pembayaran.
Pejabat Peguam Negara Pennsylvania juga memfailkan tuduhan jenayah terhadapnya dan pemilik bersama Sunil Mir dengan masing-masing menghadapi 26 pertuduhan yang dikaitkan dengan dakwaan gagal melunaskan bayaran cukai jualan bernilai AS$310,849 dan cukai pegangan sebanyak AS$37,020.
WSJ juga melaporkan bahawa kedua-duanya hampir kehilangan JFK Plaza Hotel yang dianggap sebagai permata dalam rangkaian empayar hotel mereka.
Malaysiakini telah menghubungi Morais dan sedang menunggu jawapan beliau berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, sumber yang rapat dengannya mendakwa bahawa masalah kewangan dan tindakan undang-undang terhadapnya telah lalu.
"Kebankrapan adalah pada 2008 selepas krisis kewangan (subprime mortgage) seperti yang dihadapi setiap ahli perniagaan lain. Tetapi dia (berjaya) bangkit semula. Dia kembali ke dunia perniagaan dan sedang melakukannya dengan baik.
"Buat masa ini, dia sedang berunding bagi pembelian enam buah hotel di Malaysia,” katanya.
Menurut semakan dengan Public Access to Court Electronic Records (Pacer) di Amerika Syarikat, kes-kes yang disebut dalam laporan sebelum ini juga tidak lagi aktif.

2 comments:

  1. Sesiapa pun akan cuba ambil peluang ke atas pemimipin sesebuah negara yg bermasaalah utk kepentingan masing2. Rasanya kedatangan Obama ke sini pun tentu tidak dgn tangan kosong....

    ReplyDelete
  2. Soal perniagaan hotel dia lantak ekau laa...yang rakyat mahu tahu apa isi kandungan pen drive tu...kenapa tak di serahkan satu salinan kepada DYMM Agong, PDRM, Peguam Negara, SPRM, 10 salinan kepada berbagai akhbar, 1 kepada Ketua Pembangkang.

    Aku suspek Keling Sinhalese ni nak black mail Najib minta wang, sebab tu dia bertindak gempaq Keling macam tu....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa