Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 26, 2015

Aiikk........nape sebelas kerusi jer, kan demokrasi tidak menyekat berapa banyak pun?

Dah pakai baju merah dah?
Kan PAS tak terikat dengan sesiapa pun kecuali UMNO?
Kenapa tak tanding semua kerusi?

PRN Sarawak: Paling kurang 11 kerusi Pas
SITI FATIHAH AWANG
26 DISEMBER 2015
KOTA BHARU - Merupakan satu keperluan bagi Pas untuk bertanding sekurang-kurangnya 11 kerusi Dun Sarawak, kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurutnya, keperluan tersebut diperoleh daripada kajian yang dilakukan pihaknya dan sekaligus ia menjadi parti alternatif kepada mana-mana pengundi yang tidak mahu mengundi DAP dan Umno.

"Samada kalah atau menang, itu bukan keutamaannya. Itu isu lain. Sejak dari dulu lagipun kita memang bertanding di Sarawak dan kerusi semakin bertambah. Kajian juga telah membuktikan satu keperluan untuk kita bertanding di sana,"katanya kepada media di sini.

Mohd Amar berkata, Pas tidak memandang kemenangan secara menyeluruh sebagai faktor utama, namun apa yang penting ialah penglibatan pemimpinnya bersama masyarakat melalui ceramah dan kempen.

11 comments:

  1. Sapa buat kajian yg kata pas wajar bertanding 11 kerusi tu? Hadi ker?

    ReplyDelete
  2. Baju warna hijau dah tak sesuai kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak sesuai tapi dah tak sesuci dengan perjuangan Hadi.

      Delete
  3. baju meroh serupo parti kominis..tak apo dok meney .. yg penting dapat jadi punahsihat..

    ReplyDelete
  4. Kesian Rakyat Kelantan duit musim banjir tak pernqh cukup lah gaya nya

    Salah kan sendiri lah

    ReplyDelete
  5. Yg penting berdakwah.. Kalah menang Allah jua yg menentukan..

    ReplyDelete
  6. PAS nak masuk Sarawak? Puiiiii..
    Jangan membazir, membazir amalan.syaitan!! Percayalah orang Sarawak tidak banyak sukakan PAS..lebih lebih lagi sikap PAS yang bercelaru sekarang ni..

    ReplyDelete
  7. Nanti ada yg kata tak pakai baju warna merah..tu super imposed...haha

    ReplyDelete
  8. Nanti ada yg kata tak pakai baju warna merah..tu super imposed...haha

    ReplyDelete
  9. sarawak ada berapa kerusi--lawan semua baru hero--apa nak kisah kalah--Allah mengetahui PAS ikhlas--

    setakat lawan sik sikit menghabih boras

    ReplyDelete
  10. yes bro lawan semua kerusilah...kan nak dakwah 5 tahun sekali--

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa