Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 26, 2016

Hak...ah dah dijangka: Case Closed Que Sera Sera

TUESDAY, JANUARY 26, 2016
Case Closed Que Sera Sera
A Kadir Jasin

MALAYSIAN Attorney General says will instruct anti-graft agency to close probe into PM Najib; no further action to be taken – Reuter SMS

AG Apandi: No criminal offence committed by PM in relation to SRC International, RM2.6 bil donation. – The Star SMS.
This is lunchtime. Continue with your meal. No point losing appetite. Avoid heart attack and stomach cramp.

You think the PM cares if you drop dead of remorse and disappointment?

Life goes on.

Wallahuaklam; only Allah knows!

* AG dah putihkan Najib. Adakah di mata  rakyat juga nampak putih?
Dan........kalau panjang umur kita boleh tengok apakah warna yang pula perancangan Allah

Pulangkan RM2.03 bilion wang derma, PM tidak lakukan rasuah - Peguam Negara
26 Januari 2016 | BERNAMA
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata perdana menteri mengembalikan semula wang sejumlah US$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi dalam bulan Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
"Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut," katanya.
Berhubung perkara itu juga, Apandi berkata tiada keperluan bagi Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada negara asing untuk melengkapkan siasatan memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion itu.
Berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International, Apandi berkata tiada terzahir apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.
Mengenai Akta SPRM, beliau berkata tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan perdana menteri menyalahgunakan kedudukannya semasa mesyuarat Jemaah Menteri yang memberi kelulusan jaminan kepada wang pinjaman RM4 bilion oleh SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
Keterangan juga menunjukkan bahawa proses kelulusan pinjaman Lembaga KWAP dan proses kelulusan jaminan pinjaman oleh mesyuarat Jemaah Menteri dibuat secara teratur, katanya.
"Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan perdana menteri meminta atau dijanjikan apa-apa suapan daripada mana-mana pihak sebelum, semasa, atau selepas keputusan Jemaah Menteri dibuat," katanya.
Apandi berkata daripada keseluruhan keterangan yang melibatkan keputusan atau tindakan, tidak menggambarkan apa-apa konflik kepentingan oleh perdana menteri.
"Pihak SPRM sendiri mengakui bahawa berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada keterangan daripada saksi-saksi yang boleh menunjukkan bahawa perdana menteri melakukan sebarang perbuatan rasuah," katanya.
Mengenai Kanun Keseksaan, Apandi berkata tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan bahawa perdana menteri mengetahui "dan/atau" dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC International ke dalam akaun-akaun beliau.
Beliau berkata tiada juga keterangan menunjukkan bahawa perdana menteri memberi apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC International ke dalam akaun-akaun beliau.
"Keterangan menunjukkan bahawa pada masa-masa yang material, perdana menteri mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu," katanya.

15 comments:

  1. Cerita aneh bin ajaib sesudah mendapat derma yg berbilion lalu dipulangkan semula.adakah itu cerita yg masuk akal.sudah org dermakan kenapa tdk boleh buat membeli beg biskin lg atau sumbangan utk projek filem reza yg seterusnya.jika tdkpun utk pilihanraya yg seterusnya.bkn ke ia dikata sebagai derma politik.bagaimana mungkin dipulangkan semula begitu sj.kes src itu lg lah anehnya

    ReplyDelete
  2. "Adakah di mata rakyat juga nampak putih? Dan........kalau panjang umur kita boleh tengok apakah warna yang pula perancangan Allah" . . .

    Kalu panjang umor kite sumernyer akang bertukor ke warne kelabu tahii berok. Warne hok aku dok berahi ialah warne samor @ pink @ warne SEDONGDONG hok hj Najib pakaai same dengan tuang presideng parti bulang.

    Pok Mang seberang takir


    ReplyDelete
  3. najib dpt berbilyun, ko hanya dpt juta2. tp diakhirat nanti ko sama tpt dgn najib. begitu juga mrk yg sokong najib.

    ReplyDelete
  4. Peguam Negara yang dilantik Najib mestilah pertahankan Najib jika tidak dimana kesetian dia pada Najib itulah sebab semua kertas siasatan dari SPRM dikembalikan beberapa kali pada SPRM untuk dipinda dan selepas itu minta diberi masa untuk teliti setebal 600 muka surat setelah disindir oleh masyarakat baru beri keputusan yang menyakitkan hati rakyat,apakah peguam negara rakyat berpuas hati dengan penjelasan itu atau akan didakwa pula sesiapa yang bersuara berkaitan najib setelah kes ditutup diluar mahkamah.Kita tungg PRU14 siapa yang benar.

    ReplyDelete
  5. Jahanammmm...maaf la..termarah...tersangatttt marah..rakyat mcm aku xbodohhh

    ReplyDelete
  6. Tgk muka pun..keturunan pembohong..

    ReplyDelete
  7. klau dah bagi balik tak kan sampai betahun baru nak bagi tau
    oi apa dah jadi ni
    derma tak wajib bagi balik boleh guna untuk kebajikan rakyat
    selagi omno bnayak lombuno

    ReplyDelete
  8. Warna pink, warna sedondon Q putih sama seperti mereka

    ReplyDelete
  9. Jika sebahagian besar wang itu telah dikembalikan, mengapakah semasa ditanya oleh TSMY (TPM ketika itu) tidak dijawab secara berterus terang? Jika perkara itu adalah benar, tentu tidak menjadi kesukaran baginya menjelaskan kepada TSMY dan lain-lain Ahli MT. Ia memerlukan berbulan-bulan untuk mencipta skrip palsu. Maka jelas menunjukkan pasukan AG yang baru dilantik ini memerlukan masa untuk mencipta skrip yang baru, supaya penyiasatan yang dibuat tidak terarah untuk kes dibicarakan di mahkamah. Maka bila sampai ketikanya, terhamburlah skrip buatan itu seperti yang kita semua maklum. Apakah mereka fikir rakyat ni tidak mempunyai akal untuk berfikir?

    ReplyDelete
  10. Mcm hadi marang kata,tak boleh tuduh tanpa ada dua saksi..
    Pas dan walaun2 tidak akan persoal hal 2.6b lagi..
    Titm pun sunyi sepi..
    najib kunci mulut umno,hadi marang kunci mulut pas...
    Inilah hasil keja sprm yg kalut buat solat hajat.

    ReplyDelete
  11. Hakikatnya jalan cerita dalam drama ni, semuanya pembohong,. Dah termakan budi maka terpaksa lah melindungkan si pembudi,.pandai juga najib bermain dam Aji yk,..kalau macam ni x payah ada kn jawatan AG,.menyebabkan Rakyat menyampah dengan tugas dan jawatan yg tidak amanah jauh sekali ketelusanya,. Tak pe tungu je lah selepas PRU14 nanti, kita tengok kemana pergi semua perakus2 ini,.mesti di ingat bahawa Rakyat ada lah Hakim,...

    ReplyDelete
  12. Hakikatnya jalan cerita dalam drama ni, semuanya pembohong,. Dah termakan budi maka terpaksa lah melindungkan si pembudi,.pandai juga najib bermain dam Aji yk,..kalau macam ni x payah ada kn jawatan AG,.menyebabkan Rakyat menyampah dengan tugas dan jawatan yg tidak amanah jauh sekali ketelusanya,. Tak pe tungu je lah selepas PRU14 nanti, kita tengok kemana pergi semua perakus2 ini,.mesti di ingat bahawa Rakyat ada lah Hakim,...

    ReplyDelete
  13. Hakikatnya jalan cerita dalam drama ni, semuanya pembohong,. Dah termakan budi maka terpaksa lah melindungkan si pembudi,.pandai juga najib bermain dam Aji yk,..kalau macam ni x payah ada kn jawatan AG,.menyebabkan Rakyat menyampah dengan tugas dan jawatan yg tidak amanah jauh sekali ketelusanya,. Tak pe tungu je lah selepas PRU14 nanti, kita tengok kemana pergi semua perakus2 ini,.mesti di ingat bahawa Rakyat ada lah Hakim,...

    ReplyDelete
  14. Kalau inilah kesudahannya tak perlulah 'berpusing-pusing' mencari alasan. Apa anda fikir kami semua bodoh sangat ke?

    ReplyDelete
  15. Kalau inilah kesudahannya tak perlulah 'berpusing-pusing' mencari alasan. Apa anda fikir kami semua bodoh sangat ke?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa