Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 31, 2016

Biar betoi........Husam cabar yang tak bertelor?

Bila jenis gila kuasa dan gila jawatan, telinga mereka akan tulikan.......perasaan tanggungjawab mereka akan lenyap walau berAl'quran dan berHadith berdegar-degar!


Akta 355 berkaitan hudud: Dua pemimpin PAS perlu letak jawatan

 | January 31, 2016
Husam turut mendesak Takiyuddin dan Nik Mohd Amar meletak jawatan sekiranya tidak boleh menjelaskan perkara itu
pas-hudud
PETALING JAYA: Dua individu penting dalam PAS perlu bertanggungjawab terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan yang hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen.
Perkara itu ditegaskan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa apabila menyatakan dua individu terbabit adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
“Saya mahu tiga individu itu dengan dikecualikan Presiden supaya bertanggungjawab dan harus memikul bebanan ini. Takiyuddin kalau tidak boleh jelaskan perkara ini boleh berhenti, letak jawatan kerana dia kena bertanggungjawab. Datuk Nik Amar kalau dia terbabit dia mesti letak jawatan,” katanya lapor Sinar Harian Online.
Husam berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada Forum Akta 355 dan Hudud di Malaysia di Tunjong Banquet di Kota Bharu.

Mohd Amar merupakan Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah manakala Takiyuddin merupakan Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri.
Terdahulu, Husam yang juga ADUN Salor mendakwa, matlamat melaksanakan hukum hudud di Kelantan hanya mainan politik PAS dan UMNO.
Menjelaskan dakwaan itu, Husam berkata, pada 18 Mac tahun lalu terdapat seorang wakil kerajaan Pusat datang ke pejabat kerajaan negeri untuk memaklumkan usul berkenaan boleh dibawa ke Parlimen dan meminta Presiden PAS ketika itu membawa usul itu dengan serta-merta.
“Yang datang 18 Mac adalah wakil sorang menteri bawa cadangan serta merta, perkara itu tidak dimaklumkan kepada PAS Pusat dan dua individu tersebut terbabit dengan perbincangan itu adalah mungkin Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin.
“Saya sempat berjumpa presiden di rumahnya dan beliau (Abdul Hadi) memberi keyakinan bahawa Kerajaan Pusat mengatakan usul tersebut boleh dibentangkan di Parlimen pada April (2015).
“Bagaimana agenda sebesar itu hanya dibincangkannya dengan tiga orang sahaja dan akhirnya hari ini kita tidak dengar apa-apa. Sudah jelas yang menentukan perkara ini bukan PAS Pusat sebaliknya tiga individu berkenaan,” ujarnya.

4 comments:

  1. "Husang ni budok bijok' kata arwah TGNA.
    Tuang mountdwellang kata tak dok ttelor..telor nnatang ape? Patutnyer tuaang letok lagi muke2 jenih tak dok telor seperti altakiiri, altontowi RM10000, alabdohi,alzuhdi.
    nok tahu telor ayang ke telor penyu tanyer la nik amar tongkat ali.
    Sekejap tuang, saye nok bertempek sekuat2 tenage zaherbaten; hudud !huduud! huduuuuuud!!!.. awok dok kat manęėĕěê..!!!!

    ReplyDelete
  2. Tudia. Husam dah cabar. Kita tengok ada teloq ke tidak nik amar n takiyudin. Hudud jadi mainan. Now cool down. Mb kelantan pun org dah lupa sapa nama. Ada ker mb? Senyap n cool. Ini bahaya kpd pas kelantan. Kijo dlm senyap? Ko tak wat kijo?Kahkah

    ReplyDelete
  3. Nasrudin daud exco sejak bila penakot nk debat? Ceramah sorang berapi2. Tiba2 kecut telor w.pun bini dua. Haha. Guna alasan teknikal tk boley terlibat majlis parti amanah. Haha. Dah mcm amno dah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa