Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 28, 2016

Drama apa pulak lagi ni? SPRM nak cari penyakit ke?

SPRM rujuk keputusan Peguam Negara kepada PPO
 | MALAYSIA DATELINE
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi AliPeguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali
Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menutup kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dirujuk kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan tersebut dicapai menerusi satu mesyuarat khas Pengurusan Tertinggi SPRM hari ini.
"PPO, merupakan salah satu badan bebas yang dibentuk oleh kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009, untuk penilaian dan pertimbangan PPO dan sebuah panel khas yang akan dilantik. Salah satu terma rujukan PPO ialah memberi pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya.
"PPO dianggotai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai Pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr. Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Tuan Lim Chee Wee," kata SPRM dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam  Peguam Negara berkata perdana menteri mengembalikan semula wang sejumlah US$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi dalam bulan Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.
Berhubung perkara itu juga, Apandi berkata tiada keperluan bagi Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada negara asing untuk melengkapkan siasatan memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion itu.
Berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International, Apandi berkata tiada terzahir apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa