Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 25, 2016

Tang ni apa komen penyokong tegar PAS?

Mamat ni sah broker dan duta dalam PAS

25 Jan 2016
Nasha: Penyatuan Niat UMNO - PAS Penting Untuk Kerjasama
Umno, PAS perlu ‘penyatuan niat’ jayakan agenda Najib, kata Nasharudin

Umno dan PAS perlukan "penyatuan niat" untuk menjayakan agenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memupuk kesederhanaan melalui Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), kata Nasharudin Mat Isa.

Ketua pegawai eksekutif GMMF itu berkata, 2 parti tersebut perlu duduk bersama bagi menjayakan agenda negara.

"Saya tidak katakan kedua-duanya (Umno dan PAS) perlu bergabung. Idea saya ialah pucuk kepimpinan 2 parti berkenaan duduk semeja membincangkan perkara sama.

"Kita duduk dan bekerjasama. Jangan tinggalkan usaha ini kepada parti politik semata-mata, malah mana-mana NGO (badan bukan kerajaan) yang mempunyai ruang juga perlu turut serta," katanya seperti dilaporkan BH Online hari ini.

Bekas timbalan presiden PAS itu mengakui, dengan kedudukannya kini, beliau mempunyai akses kepada kedua-dua parti itu walaupun tidak semestinya dapat memuaskan hati semua pihak.

Nasharudin yang mengendalikan GMMF sejak Oktober lalu berkata, ruang ketika ini membuka peluang baginya menemui lebih ramai pihak daripada pelbagai organisasi.

"Platform sebagai CEO di sini memberi saya ruang luas untuk menghampiri pelbagai agensi dan menemui pihak berkepentingan," katanya apabila ditanya sama ada beliau selesa dengan kedudukan sekarang.

"Perlu ditegaskan, saya bukan bekerja untuk Umno atau PAS.

"Saya akui, ada yang skeptikal dan sinis terhadap keupayaan saya, namun saya menerima jawatan ini kerana yakin dengan agenda berkaitan penyatuan," katanya.

PAS di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang semakin rapat dengan Umno selepas penentang kerjasama itu keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

Hadi dan Najib juga sebelum ini duduk sepentas dalam sebuah program di Kuala Lumpur.

ULASAN GB

PAS tidak perlu lagi berdoalk-dalik. Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Bahawa kini Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (yang masih ahli PAS) adalah "duta" PAS bagi tugas penjalinan kerjasama dengan UMNO.

Tepat sekali apa yang GB ulas sebelum ini. Petiknya;

Nasharuddin Mat Isa merupakan "man behind the screen" untuk tugas mempersatukan UMNO-PAS. Beliau sudah pernah membuat pengakuan, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pimpinan PAS terhadapnya. Bererti pengakuan beliau itu benar. Malah sehingga kini beliau masih seorang ahli PAS. beliau dilaporkan mempunyai hubungan akrab dengan beberapa pimpinan tertinggi PAS yang lain termasuk ahli Majlis Syura.

Di peringkat bawahan, mereka kebingungan. Yang pertahankan Hadi dengan yang tidak. Dulu, jika disebutkan mengenai kerjasama UMNO-PAS, ahli-ahli PAS akan kata itu FTNAH. KIni bila di tanya semula.... ada yang menjawab, apa salahnya?

Perpecahan yang melanda PAS ini memang sudah dijangka. Presiden PAS masih begitu sikapnya. Membiarkan ahli-ahli partinya saling bertentangan dan bercakaran.

p/s
Ada kawan kata, TPPA - Tinggalkan PAS, Pilih AMANAH! Patutlah PAS geram dan memaki hamun AMANAH :)

Dicatat oleh Green Boc di 7:31 PTG

4 comments:

  1. sedap bunyi penyatuan apa yang nak disatu
    apa yang nak dibincang kalau hukum Allah yang mesti dijalankan tak mau dibuat nampak macam takut nak sebut pun niat nak bincnag hukum itu
    bnayak nipu

    ReplyDelete
  2. Inilah barua dan broka yg hadi marang duk canang2..
    Dia pun 2x5

    ReplyDelete
  3. Kita kena paham, penyokong2 tegar PAS yg dok sokong perpaduan UMNO-PAS ni adalah bekas2 penykong UMNO. Majoriti mereka adalah yg menyokong PAS selepas 1997, kes Anwar Ibrahim. Jd mereka pun seronok kalau PAS mula berbaik dgn parti lama mereka.

    ReplyDelete
  4. Tg hj hadi awe. Inilah broker n barua yg sebenar. Dah terang lg bersuluh. Jd ceo Gmm ni minima pun bole dpt rm20,000pm. Kerjanya amat mudah. Bodek najib. Jd jurukipas najib. Soalnye nasha ni ulamak ker? Haha. Gmm @ gua mauu mashoookk

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa