Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 25, 2016

Sape Mamat ni, dok nyibuk hal Kedah dan tugas PM?

Tidak perlu desak Najib buat keputusan jawatan MB Kedah - Salleh
Tidak perlu desak Najib buat keputusan jawatan MB Kedah - Salleh
Menerusi catatan dalam blognya sskeruak.blogspot.my blognya, beliau berkata sejak 2009, Najib terpaksa menangani beberapa krisis menteri besar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus didesak atau tergesa-gesa untuk membuat keputusan mengenai isu Menteri Besar Kedah.

Salleh berkata, apabila Perdana Menteri akhirnya membuat keputusan, ia merupakan keputusan yang sedia termaklum yang mengambil kira semua pendapat dan hasrat.

Menerusi catatan dalam blognya sskeruak.blogspot.my blognya, beliau berkata sejak 2009, Najib terpaksa menangani beberapa krisis menteri besar.

"Dan walaupun semua pihak menjangkakan yang lebih teruk, sehingga menjangka bahawa negeri itu mungkin jatuh, pada akhirnya segala-galanya diselesaikan dengan mmemuaskan hati semua pihak mahupun istana," kata beliau.

VIDEO: Saya tidak gila jawatan - Ahmad Bashah

BACA: Mukhriz bertindak terhadap pihak cuba aniaya rakyat

BACA: '14 Ketua Bahagian UMNO Kedah bertindak ikut perlembagaan' - Ku Nan

Salleh menganggap bahawa krisis menteri besar di Kedah tidak berbeza, dan bahawa pilihan ketua pejabat eksekutif (CEO) setiap negeri akhirnya, menjadi prerogatif presiden parti untuk menentukannya.

"Tetapi, sebelum CEO negeri dilantik, presiden parti perlu terlebih dahulu mendapatkan maklum balas daripada parti termasuk memperoleh pandangan istana di negeri-negeri yang mempunyai menteri besar."

Salleh berkata rakyat Malaysia sentiasa mencari sesuatu yang menimbulkan sensasi dan yang terkini ialah kemelut di Kedah.
"Malahan, ia dianggap sebagai krisis sedangkan sebenarnya ia bukan krisis," katanya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menghadapi tekanan selepas pemimpin-pemimpin UMNO bahagian di negeri itu secara terbuka menyatakan bahawa mereka telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan ketua badan perhubungan UMNO negeri.

4 comments:

  1. Hoi salleh. Tk usah sibuk pasal mukhriz. Dia ok jer. Majlis raja dah nasihat selesaikan hal 1mdb. Tokey 1mdb ialah najib. So pm le kena resign. Bkn mukhriz muhyidin atau shafie apdal. Ada paham ke datok seri??

    ReplyDelete
  2. Aku meluat sangat dengan kenyataan sskruak ni,.menganggu pentadbiran orang,.sedang kan pentadbiran sendiri,. hancuss,.sistem internate masih lagi macam ciputt di kebanyakan tempat,.dah tu kad pra bayar putar jugak 6.% pasti kena,.bobossss

    ReplyDelete
  3. Mamat keruak ni tahap kataknsaja.. Kruakk..kruakk..keruakkk panggil hujan turunnn

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa