Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 31, 2016

Jenayah suapan kini sah di sisi undang undang?

31 Januari 2016 | DR SYED ISKANDAR SYED JAAFAR AL MAHDZAR
Undang-undang kini bersimpang siur dengan gelagat manusia

Dengan keputusan Peguam Negara untuk mengiktiraf wang derma berbillion ringgit kepada pegawai tinggi kerajaan sebagai tidak melakukan apa apa kesalahan maka ia memudahkan para pengamal undang undang yang membela anggota polis, jpj dan lain lain kakitangan kerajaan yang di tuduh menerima rasuah.

Para peguam temasuk penulis tidak akan ragu ragu berhujjah dalam mahkamah yang anak guam masing masing cuma menerima derma sahaja bukannya suapan.

Sekalipun derma adalah satu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 namun di sebabkan keputusan Peguam Negara yang terbaru maka ianya boleh menjadi satu asas yang kukuh untuk memohon kepada mahkamah yang mulia supaya membebaskan anak guam masing masing.

Dengan pengumuman peguam negara juga, para penerima rasuah boleh lah terus menerus menerima rasuah seperti biasa dan menyimpan wang tunai di setiap sudut rumah dan juga di tanam di dalam tanah tanpa ragu ragu kerana mereka tahu yang mereka kini akan terlepas daripada hukuman selepas mereka di dakwa di Mahkamah nanti. Malah pernah ada kes yang satu bilik khas dalam rumah digunakan untuk menyimpan wang tunai.

Kini golongan ini tidaklah perlu risau lagi.

Pegawai pejabat tanah yang terlibat dengan kes bauksit pun tidak perlu risau lagi, tenangkan fikiran kerana mengetahui mereka akan di bebaskan bila tiba hari bicara di mahkamah nanti.

Kelmarin satu kes telah dibawa ke Mahkamah Rayuan dihadapan panel 3 hakim Mahkamah Rayuan di mana peguambela Manjit Singh Dhillon dalam kes berkenaan merayu agar perayu di bebaskan daripada hukuman rasuah kerana menerima derma politik ketika negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB, perayu adalah pegawai khas MB Selangor ketika itu.

Malah peguambela membacakan hansard Parlimen kepada Mahkamah Rayuan di mana seorang menteri berkata tiada sebarang undang undang yang mengatakan menerima derma politik itu satu kesalahan. Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan.

Perlu di sebut yang timbalan pendakwaraya bagi pihak SPRM cuba berhujjah yang perayu yang menerima derma politik juga telah membuka akaun yang berbeza yang menunjukkan unsur unsur tidak jujur untuk menerima derma politik.

Namun perayu tetap tidak perlu bimbang kerana kes terbesar berbillion ringgit yang di putuskan peguam negara juga penerima derma politik tidak memasukkan wang ke akaun partinya tetapi sebaliknya kepada beberapa akaun peribadinya sendiri juga di anggap tiada kes malah Peguam Negara mengarahkan kes berkenaan di tutup.

Malaysia ini menjadi negara paling bertuah untuk  pegawai kerajaan menerima wang sekalipun dengan kadar yang banyak yang cuma perlu di anggap derma bukan lagi suapan.

Justru, adalah di cadangkan Peguam Negara membawa pindaan kepada Akta SPRM 2009 untuk membatalkan derma dan menerima derma sebagai pemegang amanah sebagai satu kesalahan.

Perlembagaan Persekutuan juga di cadangkan di pinda untuk memudahkan seseorang yang tiada kelulusan undang undang hatta darjah 6 sahaja sekalipun layak di lantik menjadi Peguam Negara memandangkan semakin bodoh Peguam Negara semakin mudah segala bentuk perbuatan jenayah tidak lagi di kategorikan sebagai jenayah.

Kriteria baru paling penting untuk menjadi Peguam Negara selepas pindaan Perlembagaan ialah pernah aktif dalam parti politik dan pernah  bertanding dalam pilihanraya umum mewakili mana mana parti politik.

Peguam Negara baru baru  ini berkata mana mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusannya boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk tafsiran.

Mahkamah Persekutuan ialah tempat berkerja asal Peguam Negara selepas di naikkan pangkat secara express selepas menjadi Persuruhjaya Kehakiman pada 2003. Justru Mahkamah Persekutuan mungkin forum yang kurang sesuai untuk tujuan itu.

Satu mekanisma baru perlu diluluskan Parlimen contohnya biarlah Peguam Negara menjawab terus kepada ahli ahli Parlimen walaupun ramai yang dungu namun Dewan Rakyat masih ada Rafizi, Tony Phua, Nurul Izzah, Lim Kit Siang dll yang sekalipun berhujjah dengan fakta tetap akan ditewaskan dengan sekadar undi golongan yang tidak mempunyai akal yang waras kecuali menurut arahan ketua semata mata ataupun jika tidak di arahkan sekalipun mempunyai semangat kesukanan mengampu yang tinggi.

Majulah mengampu untuk negara.

Inilah transformasi yang paling berjaya iaitu menghalalkan jenayah suapan sebagai derma halal yang boleh diterima dan di pulangkan bakinya tanpa pengetahuan penderma, sekalipun taklimat tertutup dan kenyataan terbuka beberapa orang pemimpin parti berkenaan pernah mengistiharkan keseluruhan wang derma berbillion ringgit telah di belanjakan untuk pilihanraya. Wallahualam.

1 comment:

  1. INILAH AKIBAT PEMERINTAH YANG DIKETUAI OLEH NAJIB SERTA MENTERI MENTERI NYE MENGKHIANATI RAKYAT NEGARA INI

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa