Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 25, 2016

Serah pada Allah: Syabas, pendirian yang harus dipuji

Nafi disabotaj serah pada Allah, kata pengasas Qu Puteh
24 Januari 2016 | MALAYSIA DATELINE
"Saya berserah kepada Allah. Saya anggap ini sebagai ujian dan setiap kejadian pasti ada hikmah dan nikmatnya, " demikian tegas Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengenai isu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 yang ditarik balik dipasaran kerana dikesan mengandungi merkuri

Beliau diminta mengulas mengenai isu produk keluaran syarikatnya, yang diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ditarik balik  daripada pasaran negara ini dalam tempoh 72 jam.

Jelas beliau, syarikatnya Vida Beauty Sdn Bhd telah mengeluarkan notis kepada semua stokis di seluruh negara supaya menghentikan penjualan produk tersebut.

"Saya akur dengan arahan KKM dan sudah keluarkan surat kepada semua stokis bagi memaklumkan mengenai isu ini. Saya minta mereka tidak teruskan penjualan produk tersebut berkuatkuasa serta merta," katanya sebagaimana dipetik dari  mStar Online hari ini.

Ketika ditanya sama ada wujud cubaan untuk mensabotaj produk beliau, Vida bagaimanapun enggan cepat melatah dan menegaskan pihaknya akan meneliti perkara tersebut.

"Saya tenang menghadapi ujian ini. Syarikat akan meneliti dan menyiasat bagaimana isu ini boleh timbul sekarang," katanya.

Vida berkata beliau sedia memberi kerjasama dengan KKM untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap produk tersebut.

"Saya akan beri kerjasama dengan KKM agar masalah berkaitan produk tersebut dapat diatasi dengan segera," katanya.

Usahawan kosmetik terkemuka itu turut hairan mengapa isu tersebut timbul menjelang kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) yang menyaksikan beliau sebagai penaja utama.

"Saya pelik juga kenapa isu ini timbul dua hari sebelum AJL kerana produk saya tiada sebarang masalah sebelum ini.

"Macam ada sesuatu di sebaliknya memandangkan sejak kebelakangan ini wajah saya sering masuk TV dan keluar di dada akhbar," katanya.

Pada masa sama, Vida menyatakan rasa kesal dengan masalah yang timbul tetapi memberi jaminan produk kecantikan dan kesihatan yang lain seperi Pamoga, Millenia dan Qu Puteh Advance Set selamat digunakan.

"Syarikat tidak panik dan yakin berada di pihak yang benar. Kami amat mementingkan kualiti produk dan mahu membantu pengguna yang ingin kekal sihat dan cantik bersama produk keluaran kami," katanya.

Walaupun fikirannya sedikit terganggu disebabkan isu ini, Vida berkata ia tidak akan menjejaskan penajaannya terhadap pasukan bola sepak Kelantan dan beberapa program lain termasuk Mentor Millenia.

"Walaupun isu itu memberi kesan dari segi penjualan komitmen saya terhadap AJL, Mentor Millenia dan The Red Warriors (TRW) masih kekal 100 peratus.Jumlah penajaan tidak akan dikurangkan," katanya.

Usahawan kelahiran Machang itu turut menyatakan rasa terharu diatas doa dan sokongan orang ramai yang berharap agar terus tabah menghadapi ujian ini.

"Sayang semua, setiap yang berlaku atas keizinan-Nya. Maka yang berlaku atas kehendak-Nya. Dia yang mengetahui. Saya akan berusaha mengatasi masalah ini, " katanya.

Terdahulu, KKM mengarahkan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 keluaran syarikat Vida Beauty Sdn Bhd dihentikan jualannya serta-merta kerana mengandungi racun berjadual merkuri pada paras tinggi.

Pada masa sama, syarikat itu diberi tempoh 72 jam untuk menarik balik stok mereka di pasaran dan diminta memberi penjelasan berhubung kewujudan bahan terlarang tersebut dalam produk berkenaan.

4 comments:

  1. Budak saya dah hitam, tak macam masa muda-muda dulu sedangkan dia tak pernah berjemur panas. ...orang rumah pun selalu perli..."hitamnya budak abang tu..."
    Bolehkan Qu Puteh mencerahkan semula kegelapannya...tolong tanyakan sama Dato Seri Vida.....please....nak tanya sendiri malu....

    ReplyDelete
  2. takkan dia tak tahu produk yg terbabit mengandungi mercury. yg penting cepat berkesan dan ..... LAAARIIIISSSSS! klu dinegara maju teruk syarikat ni kena. oleh itu jgn la over sgt apa pun yg kita buat

    ReplyDelete
  3. to be fair dengan produk Qu Puteh..ada kemungkinan produk itu diklon..

    opportunist mengambil kesempatan atas kelarisan produk asli Qu Puteh ini..

    ia pernah terjadi kepada beberapa jenama terkenal sebelum ini..panadol diklon, kopi radix diklon, detergent diklon, hatta Milo pun diklon..

    sehingga menyebabkan Nestle terpaksa membuat pengumuman rasmi tidak lama dulu..

    ReplyDelete
  4. Derma la kt bdk yg nk bedah jantung danyg memerlukn rawatan...allah marah tu taje program maksiat bynk sgt...fkrla org dibawah

    ..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa