Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 27, 2016

Hal ini ada Najib peduli?

Dunia kata Najib salah, tetapi Malaysia kata tidak – Guan Eng

 | January 26, 2016
Lim Guan Eng akan meneliti teks Peguam Negara dan jika perlu, satu usul akan dibawa di Parlimen.
lim-guan-eng_najib_600KUALA LUMPUR: Pengumuman Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang memutuskan Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah berhubung pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd dan wang derma politik RM2.6 bilion tidak mengejutkan.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menyatakan keputusan Mohamed Apandi itu memberi gambaran bahawa beliau tidak menjalankan tugasmya sebagai Peguam Negara dengan bebas.
“Mungkin kerana beliau guna budi bicara, ini salah guna budi bicara,” kata ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Guan Eng berkata, beliau akan meneliti teks Peguam Negara dan jika perlu, satu usul akan dibawa di Parlimen.
“Kita akan baca teks dengan teliti, kalau ada usul ketua pembangkang akan bawa ke Dewan. Kita akan bincang kemudian. Satu dunia kata salah, tapi Malaysia tidak salah,” katanya.
Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan, beban kini terletak di bahu Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan kepada rakyat.
“Tidak menghairankan, memang dijangka, membaca penjelasan Peguam Negara itu tidak meyakinkan.
“Cabarannya macam mana beliau boleh katakan tiada unsur salah. Saya rasa susah untuk beliau yakinkan orang ramai. Rakyat biasa tidak akan terima,” katanya.

1 comment:

  1. Peguam negara cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru reput, bukan sahaja bau bangkai masih kuat menusuk hidung malahan jasad bangkai itupun masih dapat dilihat!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa