Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 29, 2016

Itulah agaknya sebab ramai dipecat sebelum terpecat!

Dan........AG yang baru pula cuba menutup pekong walau pun ramai yang dah agak tapi nampak lawak!

AG dakwa PM akan kena pecat, kata bekas hakim
Zikri Kamarulzaman  - 
Tidak ada seorang peguam negara yang berani mendakwa seorang perdana menteri, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.
Bercakap secara umum, Mohd Noor yang juga seorang pakar perlembagaan, berkata ini kerana peguam negara yang mengerakkan sebarang tindakan ke atas perdana menteri pasi akan disingkirkan terlebih dahulu.
"Tidak ada peguam negara akan dakwa perdana menteri kerana beliau boleh bertindak balas dengan menasihati Agong untuk memecat peguam negara," kata Mohd Noor pada satu sidang media di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya hari ini.
Katanya, perlembagaan telah dipinda semasa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri dengan memastikan yang di-Pertuan Agong perlu mengikut nasihat perdana menteri.
Kenyataan Mohd Noor itu dibuat dua hari selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali selaku peguam negara mengumumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan didakwa berhubung siasatan kes SRC International dan isu ‘derma’ RM2.6 bilion.
Apandi berkata keputusannya tidak boleh dicabar kerana perlembagaan persekutuan memberikannya budi bicara mutlak berhubung keputusan untuk mendakwa.
Bagaimanapun, Mohd Nor yang juga adalah penasihat panel SPRM berkata secara peribadi beliau tidak bersetuju bahawa kuasa mendakwa peguam negara adalah mutlak.
"Sebagai AG kuasa anda tidak mutlak. Anda boleh membuat keputusan, tetapi anda perlu bertanggungjawab kepada orang ramai," katanya.
Bekas hakim itu berkata peguam negara juga boleh dibawa ke mahkamah jika beliau bertindak dengan niat jahat.
Bagaimanapun, Mohd Noor percaya Apandi tidak bertindak di luar batasannya dan yakin peguam negara telah mengkaji kertas siasatan SPRM dengan teliti.
Katanya, Apandi seharusnya membenarkan SPRM untuk meneruskan siasatan sehingga mereka benar-benar boleh menutup kes itu.
"Apabila beliau mengarahkan kes itu ditutup dan tidak diteruskan, peguam negara melampaui kuasanya sedikit," kata Mohd sambil menambah bahawa tugas peguam negara adalah untuk mendakwa dan bukannya menyiasat.

3 comments:

  1. Ni pun satu kelompok lagi yang menetas dari amno.. lalang....

    ReplyDelete
  2. Sapa lagi POWER? Istana Kedah ke ato Najid? Saja tanya. Jangan marah!

    ReplyDelete
  3. Sikap pemimpin Malaysia ,. Banyak bercakap kerja di tingal kan , tindakan langsung tiada,. Makan gaji buta n haram,..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa